Bosch mula produksi sistem ABS motosikal tahun depan

oleh Mohamad Hanif|
Bermula suku kedua tahun hadapan (2Q2022), Bosch akan memulakan proses produksi sistem brek anti-kunci (ABS) untuk motosikal di kilang Amata, Rayong, Thailand.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah ini sekaligus menjadikan fasiliti Amata sebagai lokasi ketiga penghasilan sistem ABS motosikal di dunia selepas Jepun dan India, di mana kilang tersebut turut sama menghasilkan komponen automotif empat roda seperti sistem casis, elektrik dan trenkuasa sejak tahun 1996 lagi.

Hanya pada tahun 2014, baharulah kilang tersebut mengeluarkan produk ABS untuk kenderaan empat roda.

Motosikal kecil dan skuter merupakan antara nadi pengangkutan utama di Asia Tenggara, namun kadar kemalangan dan kematian yang tinggi di kalangan penunggang motosikal amatlah membimbangkan, merangkumi 43 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Di Thailand sahaja, kadar kematian yang dicatatkan adalah yang tertinggi di kalangan negara SEAN menurut data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
 

ABS


Disebabkan itu, pada 15 Mei 2021 Kementerian Pengangkutan Darat Thailand mengumumkan langkah mewajibkan pemasangan sistem ABS pada motosikal beroda dua dengan sesaran 125 cc dan ke atas bermula tahun 2024, sebelum diwajibkan kepada semua model bermula 2026.

Menggunakan konsep yang sama pada kenderaan beroda empat, sistem ABS pada motosikal mampu memberikan sokongan yang diperlukan ketika kecemasan di mana ia boleh mengelakkan tayar daripada terkunci ketika proses membrek, sekaligus memastikan kestabilan dan kadar pemberhentian yang optimum.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Bosch baru-baru ini, kira-kira 25 peratus daripada angka kemalangan melibatkan motosikal boleh dielakkan sekiranya motosikal dilengkapi dengan sistem ABS.

 

 

Sumber: The Nation Thailand

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…