Bosch lancar kempen 'Drive for Life' - didik rakyat Malaysia ilmu asas jaga kenderaan

oleh Mohamad Hanif|

Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) selaku pendahulu pembekal barangan teknologi, dan servis berkaitan automotif sedunia telah melancarkan kempen 'Drive for Life', sebuah kempen berkaitan kenderaan dan keselamatan jalan raya. 

Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kadar kesedaran di kalangan pemandu tentang pentingnya penyelenggaraan berkala kenderaan dan penggunaan komponen dan alat ganti tulen. 

Ia dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan dan diiringi oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Hannah Yeoh di Petaling Jaya, siang tadi.

Kempen Drive for Life ini merupakan sebuah kempen berdurasi tiga tahun yang akan merangkumi tiga fasa - Educate, Engage, dan Empower.
 


Antara aktiviti yang telah disusun ialah siri bengkel pendidikan yang memberikan tunjuk ajar berkenaan penyelenggaraan asas kenderaan, kurikulum pemanduan serta tips praktikal buat pemandu kali pertama serta memperkasakan generasi mekanik berikutnya. 

Kempen ini juga bakal merangkumi #BoschEmpowersWomen sebagai salah satu inisiatif untuk bagi memperluaskan ilmu pengetahuan penyelenggaraan kenderaan bukan untuk lelaki semata-mata. 

'Drive to Life' turut mendapat bekerjasama daripada Petron Malaysia dalam memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan sebelum rakyat Malaysia pulang ke kampung halaman masing-masing. 

Berikut merupakan rangka program tiga tahun 'Drive to Life' oleh Bosch AA. 

 

Educate

Berdasarkan kajian, lebih 50 peratus pemandu Malaysia tidak mempunyai pengetahuan asas di dalam penyelenggaraan asas kenderaan

Siri bengkel akan dianjurkan bagi memberikan tunjuk ajar kepada para pemandu dan bakal pemandu buat kali pertama. 

 

Engage


Kajian juga mendapati 70 peratus daripada kerosakan kenderaan disebabkan oleh bateri yang tidak berfungsi, manakala 50 peratus pemandu tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Bosch bekerjasama dengan Petron bagi menyediakan ruang pemeriksaan kenderaan sebelum rakyat Malaysia pulang ke kampung. 

Pemeriksaan 25 mata ini akan dilakukan di lokasi berikut:

  • Petron Sungai Besi Tol Arah Selatan (18 Mei 2019)
  • Petron MRR2 Safari (19 Mei 2019)
  • Petron MRR2 Selayang (25 Mei 2019)
  • Petron Kesas Eastbound (26 Mei 2019)

Selain daripada itu, sistem kurikulum pemanduan juga akan dinilai oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

 

Empower


Di bawah kempen #BoschEmpowersWomen, Bosch mahu memperkasakan dan mendidik wanita supaya mengambil bahagian di dalam penyelenggaraan dan pemilikan

Bosch juga mahu memastikan generasi mekanik berikutnya lebih berdaya saing di dalam industri automotif dengan berkongsi pengalaman dan kepakaran Bosch Automotive Aftermarket. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Tesla sebagai sebuah pengeluar EV turut mengeluarkan garis panduan di mana pihak bomba perlu…
Berita Global
Singer Vehicle Design kini mencecah angka usia yang ke-10 pada tahun ini, dan bersempena dengan…
Berita Global
Bila diimbas kembali empat puluh tahun yang lalu, ciri brek anti-kunci atau ABS ini sebenarnya mula…