Bosch beri amaran coronavirus mampu beri impak kepada rantaian bekalan global

oleh Mohamad Hanif|
CEO Robert Bosch, Volkmar Denner memberikan amaran bahawa coronavirus mampu memberikan impak kepada rantaian bekalan bagi pembekal komponen global yang sangat bergantung kepada China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

"Kita perlu meneliti bagaimana keadaan semasa, sekiranya berterusan ia akan memberikan kesan kepada rantaian bekalan. 

"Terdapat ramalan yang menyebut bahawa jangkitan coronavirus akan berlarutan sehingga Februari atau Mac," Denner memberitahu pihak pengamal media Selasa lalu. 

"Di Wuhan, Bosch sendiri memiliki dua kilang yang membuat sistem stereng dan teknologi haba dengan keupayaan 800 orang pekerja, namun tiada sebarang kes jangkitan dilaporkan pada ketika ini," tambah beliau. 

Bosch sememangnya bergantung harap kepada China sebagai pusat pengilangan global bagi pembuatan motor elektrik, transmisi, dan komponen elektronik untuk kenderaan elektrik. 
 


Sejak tahun 1909, Bosch sudah pun bertapak di China dan memiliki 23 fasiliti pengilangan komponen automotif dan 60 lokasi di pasaran kenderaan terbesar di dunia itu. 

Pengeluar yang berasal dari Jerman itu memasang komponen automotif berikut di beberapa lokasi di sekitar China seperti:

  • Wuhu - sistem infotainmen multimedia
  • Nanjing - sistem pendorong brek
  • Wujin - komponen elektronik untuk kenderaan swapandu
  • Wuxi - sistem bateri 48-volt
  • Taicang - motor elektrik EV, sistem transmisi, dan komponen elektronik

Bosch turut meramalkan penurunan produksi komponen automotif global sehingga 2.6 peratus kepada 89 juta kenderaan pada tahun 2020 akibat penurunan permintaan di China, Amerika Syarikat dan juga Eropah. 

Sumber: Automotive News Europe

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…