Bos syarikat berlian hadiahkan 600 unit Renault Kwid, Suzuki Celerio kepada para pekerja sempena perayaan Diwali

oleh Mohamad Hanif|
Seorang jutawan yang memiliki syarikat berlian di Gujarat, Savji Dholakia mempunyai cara tersendiri bagi meraikan para pekerjanya setiap kali sebelum perayaan Diwali.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun ini, hartawan tersebut berbesar hati untuk memberikan hadiah berupa 600 buah kereta baharu kepada semua pekerja syarikat Hare Krishna Exports. 

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut serta turun padang bagi menyampaikan sendiri kunci kereta baharu kepada para pekerja syarikat berlian tersebut, termasuklah seorang wanita OKU. 
 




Hadiah yang diberikan tidak kurang hebatnya apabila Savji Dholakia memilih untuk memberikan Renault KWID dan juga Maruti Suzuki Celerio masing-masing bernilai Rs 5.38 lakh (RM31k++*) dan Rs. 4.4 lakh (RM25k++*), menurut satu kenyataan yang dipetik menerusi Facebook beliau. 

Dianggarkan harga jualan bagi keseluruhan 600 buah kereta tersebut bernilai lebih daripada $2 juta (RM8.35 juta*). 
 


Dholakia terkenal di seluruh India kerana tradisi beliau memberikan hadiah kepada para pekerja dan staff syarikat bersempena dengan perayaan Diwali, termasuklah 400 unit apartment dan 1260 buah kereta pada sambutan tahun 2016; 200 unit apartment dan 491 buah kereta pada sambutan tahun 2015.

Diberitakan beliau tidak membuat acara pemberian hadiah tersebut tahun lepas. 
 


Renault KWID merupakan crossover entry-level yang dibangunkan khusus untuk pasaran India serta ditawarkan dengan dua pilihan enjin iaitu enjin tiga silinder 800 cc (54 hp/72 Nm) dan 1.0 liter (67 hp/91 Nm).
 


Manakala Suzuki Celerio pula merupakan hatchback segmen A yang hadir dengan enjin tunggal tiga silinder 998 cc (boleh menerima pilihan gas asli) yang menghasilkan 67 hp dan 90 Nm daya kilas. 

Namun, kedua-duanya model tersebut dikritik teruk sebelum ini disebabkan tidak dilengkapi dengan beg udara untuk model asas, malah KWID pernah menerima penarafan sifar bintang daripada Global NCAP. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Januari lepas, Boeing membuka sebuah pusat kejuruteraan dan teknologi di Bengaluru dengan kos…
Berita Global
Ia menjadikan India sebagai salah satu negara yang mempunyai jumlah kematian akibat kemalangan…
Berita Global
Syarikat-syarikat yang memenuhi syarat tersebut akan layak untuk mengimport EV yang berharga US$35,…