Bos Mercedes nafi dakwaan tarik diri dari F1

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu acara di mana pasukan Mercedes-AMG Petronas mendedahkan liveri baharu jentera F1 mereka kepada umum, pertanyaan berkenaan dakwaan pasukan tersebut bakal keluar daripada F1 turut dijawab sendiri oleh bos Mercedes, Toto Wolff.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023

Menurut beliau, penglibatan diri di dalam F1 merupakan pelaburan jangka panjang, di mana ia memberikan satu platform pemasaran yang menarik untuk jenama Mercedes-Benz.

"Kami membina jentera lumba, dan kereta jalanan. F1 merupakan satu platform halo untuk kejuruteraan hibrid. 

 


Mercedes-AMG Petronas masih lagi menggunakan jentera F1 yang sama seperti musim lalu, namun dengan liveri serba baharu selain mengumumkan kerjasama tajaan baharu bersama syarikat kimia multinasional Ineos. 

Beberapa laporan terdahulu menyebut Mercedes bersedia untuk menarik diri dari sukan berprestij tersebut oleh kerana langkah mengurangkan kos operasi yang dibuat oleh syarikat Daimler. 

Untuk musim perlumbaan 20202, beberapa pasukan F1 telah mempamerkan jentera masing-masing  seperti:

 

Haas F1 Team

 

Scuderia Ferrari Mission Winnow

 

Aston Martin Red Bull Racing

 

Mercedes-AMG Petronas

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Menurut kenyataan pasukan Sauber Group, "Musim akhir di Abu Dhabi adalah tempat kami akan…
Berita Global
Pasukan itu yang terdiri dari Megat Rashidi, Mariah Azmir Faizal, Leong Karshen, Tunku Sarah Aisyah…
Sukan Bermotor
Langkah itu mewakili 24% pegangan ekuiti dalam Alpine, dimana ia bakal mempercepatkan pertumbuhan…