Bos Mercedes-AMG ganti tempat Andy Palmer sebagai CEO Aston Martin

oleh Mohamad Hanif|
CEO Aston Martin Andy Palmer dilaporkan meninggalkan jawatannya dan digantikan oleh Tobias Moers yang sebelum ini memegang jawatan sebagai CEO Mercedes-AMG, menurut satu sumber kepada Reuters.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu emel, jenama mewah tersebut kini sedang mengkaji semula barisan pengurusan sedia ada namun menolak untuk memberikan komen berkenaan nasib Palmer pada ketika ini.

Tambah laporan daripada Financial Times, tindakan Palmer meninggalkan jawatan tersebut adalah sebahagian daripada penstrukturan semula pengurusan tertinggi, di mana pengumuman rasmi hanya akan dibuat menjelang hari Selasa.

Palmer juga tidak dihubungi berkenaan pengumuman yang akan dibuat.

 


Jenama mewah British berusia 107 tahun yang sinonim dengan kereta James Bond itu mengalami defisit jualan semenjak Oktober 2018, malah kesan tersebut lebih ketara bila mana wabak COVID-19 melanda dunia.

Disebabkan pasaran SUV lebih menguntungkan pada ketika ini, Aston Martin juga kini sedang memfokuskan usaha terhadap model SUV Aston Martin DBX.

Pandemik coronavirus dan penutupan operasi jelas dan nyata menyebabkan permintaan terhadap kenderaan menurun dan memaksa kilang untuk menghentikan operasi di seluruh dunia.

Awal Mei lalu, Palmer memberitahu Reuters, "kami (Aston Martin) terkesan dengan COVID-19 bermula dari China pada Januari, namun impak yang lebih besar mula dirasai apabila wabak tersebut melanda Eropah dan Amerika Syarikat."

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…
Berita Global
Keluhan tersebut telah pun didengari oleh Aston Martin, dan kini pengeluar itu memperlihatkan…