Borgward Malaysia mula operasi CKD SUV BX5 suku keempat 2019

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Borgward Malaysia bakal memulakan fasa pemasangan tempatan (CKD) bagi model BX5 yang dijangka pada suku keempat (Q4) tahun ini. 

Hal ini disahkan sendiri menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Borgward Malaysia di mana mereka baharu sahaja menjalankan fasa pemasangan semi-automatik bagi SUV pertama BX5 untuk menimba pengalaman sebelum memulakan operasi sepenuhnya. 

Mengikut spesifikasi yang dipetik daripada laman website Borgward Malaysia, Borgward BX5 bakal ditawarkan dalam tiga varian utama, iaitu Fashion, Luxury dan Special Edition
 


Dua pilihan enjin dan pacuan ditawarkan, di mana varian asas Fasion bakal mendapat enjin 1.4 TGDI dengan 147 kuasa kuda dan 250 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi auto enam nisbah kelajuan.

Manakala varian Luxury dan Special Edition pula masing-masing mendapat enjin 2.0 TGDI dengan 221 kuasa kuda dan 300 Nm, sistem pacuan semua roda dan transmisi auto enam kelajuan. 
 


Dari segi keselamatan pula, enam beg udara, ABS, EBD, VSC, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) dan bantuan mula mendaki (HAC)  didatangkan sebagai ciri standard untuk kesemua varian.

Manakala dua varian tertinggi Luxury dan Special Edition didatangkan dengan tambahan ciri bantuan menurun curam (HDC). 
 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada…
Berita Global
Terbaharu, menurut laporan daripada agensi Persatuan Kewangan China, Xiaomi dilaporkan sedang…
Berita Global
Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya,…