Borgward buat kemunculan rasmi selepas Raya!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama yang datang dari Jerman ini, Borgward pernah muncul di Malaysia Autoshow 2018 dan disahkan bakal membawa masuk dua buah model SUV, BX5 dan BX7.

Entah kenapa setelah lebih setahun berlalu namun masih tiada tanda-tanda pelancaran yang bakal dibuat oleh Borgward, sehinggakan penulis sendiri hampir terlupa akan kewujudan jenama ini di Malaysia. 
 


Namun, terima kasih kepada pembaca Careta yang hanya mahu digelar sebagai Salam memberitahu bahawa jenama Jerman itu akan membuat pelancaran rasmi selepas Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Daripada gambar yang dikirimkan, terdapat tiga model yang dibawa masuk, iaitu crossover coupe BX6 dan SUV BX7 TS dan sebuah model elektrik sepenuhnya, iaitu BXi7.
 

Borgward BX6

Borgward BX6 dijana menggunakan enjin turbo 2.0 liter empat silinder menghasilkan 220 bhp yang disalurkan kepada sistem pacuan semua roda menerusi transmisi automatik.  

SUV BX7 dengan konfigurasi tujuh tempat duduk ini pula menggunakan enjin 2.0 liter kuasa turbo, ia mampu menjana 224hp dan 300Nm tork dipadankan dengan penggunaan kotak gear enam kelajuan.
 

Borgward BX6 & BXi7


Manakala versi elektrik BXi7 pula mempunyai motor elektrik berkuasa 272 hp/400 Nm, sistem pacuan AWD dan transmisi fasa tunggal. 

Tidak diberitahu kapasiti bateri yang digunakan, namun menurut laman web Borgward, BXi7 ini mampu bergerak sejauh 500 km untuk sekali cas penuh. 

 

Ruang 'enjin' BXi7


Namun, bagi SUV BX5 yang pernah disebutkan sebelum ini, tidak dapat dipastikan sama ada ia disahkan dibawa masuk atau ia telah digantikan dengan crossover coupe BX6.

Harganya pula masih belum ditentukan kerana terdapat masalah yang serupa menimpa model-model SUV Borgward menyebabkan ia begitu liat untuk memasuki pasaran dengan lebih awal. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Jenama yang pernah menjadi pengeluar ketiga terbesar di negara asal itu dihidupkan semula pada…
Berita Global
Terbaharu, menurut laporan daripada agensi Persatuan Kewangan China, Xiaomi dilaporkan sedang…
Berita Global
Menurut sumber yang enggan dikenali memberitahu Pandaily, "jenama Borgward tidak akan berjaya,…