Menerusi peraduan BoostUp Pick & Win, Boost eWallet turut menawarkan pelbagai hadiah menarik berupa peranti pintar, peralatan rumah, dan tidak ketinggalan ganjaran serta pulangan tunai sehingga RM1,400,000.

Bagi pihak ETCM, CEO kumpulan Tan Chong Motor Holdings Berhad Daniel Ho berkata, "kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Boost sebagai pembekal perkhidmatan eWallet yang mempromosikan gaya hidup digital, dan menawarkan kemudhan kepada pelanggan dalam menyelesaikan urusan secara dalam talian seperti pembayaran bil, insurans, pengangkutan dan sebagainya.
"Kami mengucapkan selamat menyambut ulang tahun yang ke-4 kepada Boost dan kami percaya Nissan Navara 2.5L PRO-4X bakal menawarkan pengalaman perjalanan yang bermakna kepada pemenang bertuah, baik di atas jalan raya dan juga off-road.