Boon Siew Honda umum warna baharu untuk CB650R, CBR650R, dari RM44,499

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda mengumumkan penawaran warna dan jalur baharu untuk model motosikal Honda CB650R dan Honda CBR650R.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024

Untuk model CB650R 2023, pembeli boleh mendapatkan warna baharu Mat Gunpowder Black Metallic disamping dua warna sedia ada (Candy Chromosphere Red dan Mat Jeans Blue Metallic).

Mat Gunpowder Black Metallic
Candy Chromosphere Red
Mat Jeans Blue Metallic



Honda CBR650R 2023 pula kini tersedia dalam dua warna, iaitu Grand Prix Red (kemaskini jalur hitam) dan Mat Gunpowder Black Metallic (kemaskini jalur biru).

 

Mat Gunpowder Black Metallic
Grand Prix Red


Dari segi spesifikasi, Honda CB650R dan CBR650R dikuasakan oleh enjin 649 cc DOHC 16 injap dengan piawaian Euro 5, menghasikan kuasa setinggi 94 hp @ 12,000 rpm dan daya kilas 64 Nm @ 8,500 rpm.
 

cb650r


Kedua-dua model mendapat ciri seperti fork Showa Separate Function-Big Piston (SFF-BP) 41 mm jenis terbalik, sistem brek ABS dua saluran, serta Honda Selectable Torque Control (HSTC).
 

CBR650R


Harga jualan adalah seperti berikut:
Honda CB650R 2023 - RM44,499
Honda CBR650R 2023 - RM46,499

Honda CB650R dan CBR650R boleh didapati di semua pengedar sah BigWing di seluruh Malaysia.