Boon Siew Honda umum warna baharu Honda Vario 160 - dari RM10,498

oleh Firdaus Razani|
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu untuk motosikal skuter 160cc mereka iaitu Honda Vario 160 dengan dua pilihan warna iaitu Hijau dan Biru Mat.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Honda Vario 160 masih mengekalkan enjin yang sama iaitu enjin satu silinder 157cc penyejuk cecair yang memberi kuasa output maksimum sehingga 15.1hp pada 8,500rpm dan daya tork 13.8Nm pada 6,500rpm.

vario

Ia tampil dengan kapasiti tangki bahan api sehingga 5.5 liter yang terletak bersama ruang simpanan 18 liter pada bawah tempat duduk yang selesa, lebar berketinggian pada 778mm.

 

bsh

 

Selain itu, tunggangan akan lebih yakin dengan ciri seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dibahagian roda hadapan yang menambah ciri keselamatan pada skuter ini.

 

bsh

 

Untuk kemudahan tambahan, Vario 160 tampil dengan Honda Smart Key yang disepadukan dengan penggera anti-theft dan pencahayaan keseluruhan lampu LED serta pengecas USB di bahagian hadapan.

 

bsh

 

BSH umumkan harga jualan bagi Honda Vario 160 dijual pada harga bermula dari RM10,498 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

 

bsh

 

Tambahan untuk setiap pembelian, BSH menawarkan waranti selama dua tahun atau 20,000km perbatuan mengikut mana-mana sampai dahulu.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Honda BeAT 2024 tampil dengan kemaskini luaran baharu yang merangkumi panel badan, lampu LED depan…
Pelancaran Motosikal
CRF250 menggunakan nadi enjin 250cc DOHC empat lejang penyejuk cecair yang memberi kuasa output…
Informasi
Honda Dash 125 menggunakan enjin satu silinder SOHC 124.9cc yang mematuhi EURO4 turut memberi kuasa…