Sebagai langkah bagi mengatasi masalah tersebut, Boon Siew Honda kini menawarkan pakej harga tetap, bermula dengan model Honda RS-X.
Untuk permulaan juga, pakej harga tetap itu hanya boleh didapatkan dari pengedar Impian X sepanjang tempoh tawaran bermula dari 6 Julai hingga 3 September 2023.
Untuk tahun 2023, Honda RS-X ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Lemon Ice Yellow, Candy Caribbean Blue Sea dan Trico.
Warna Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea ditawarkan pada harga RM11,600 atas jalan termasuk insurans dan yuran pendaftaran untuk pembelian secara tunai.
Warna Trico pula ditawarkan pada harga RM11,650 atas jalan termasuk insurans dan yuran pendaftaran untuk pembelian secara tunai.
Pastinya pembelian berbaloi buat mereka yang ingin membeli secara tunai, dimana pakej harga yang ditawarkan adalah harga yang perlu dibayar tanpa caj tersembunyi.
Menurut Boon Siew juga, mereka yang membeli dari pengedar Impian X tanpa pakej harga tetap sepanjang tempoh tawaran itu boleh membuat aduan kepada Boon Siew Honda.
Sebagai permulaan, usaha dari Boon Siew Honda itu sememangnya satu permulaan yang baik bagi mengatasi masalah harga motosikal yang tidak tetap dan dimanipulasi secara melampau oleh pengedar tidak bertanggungjawab.