Boon Siew Honda tambah warna baharu untuk Honda MSX 125 SF

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda kini memperkenalkan versi terkini MSX 125 SF yang didatangkan dengan variasi warna baharu yang lebih segar serta jalur hias baharu untuk melengkapkan lagi penampilannya.

Honda MSX 125 SF kini boleh di dapati dalam variasi warna hijau Incredible Green, oren Halloween Orange, biru Splendid Blue dan merah Gayety Red.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kejayaan MSX 125 SF ini telah terbukti di seluruh dunia dan amat popular di kalangan penunggang muda yang dahagakan keseronokan sambil mengekalkan penggunaannya sebagai motosikal harian.

Pengenalannya ke pasaran Malaysia pada bulan Disember 2016 telah menandakan permulaan baharu bagi penawaran sebuah jentera yang padat, mudah ditunggang dan praktikal, dan dengan model terbaru ini, keseronokan tersebut pastinya berterusan.


Walaupun kelihatan luar biasa, MSX 125 SF terbaru masih memiliki keterampilan motosikal konvensional dengan adanya ciri ciri moden untuk keselesaan penunggang.

Model yang baru ini masih mengekalkan paparan papan pemuka LCD digital yang mudah dibaca sesuai untuk penunggang yang ingin menunggang dalam sebarang keadaan.

Tambahan lagi, versi yang terbaru ini masih mengekalkan penggunaan lampu LED gaya projektor dan lampu belakang LED.

Selain dari tampil bergaya, lampu LED berfungsi memberikan pencahayaan yang unggul untuk keselamatan dan memastikan kerterlihatan oleh pengguna jalan raya lain.

 


Dikuasakan oleh enjin 125 cc silinder tunggal 4-lejang sejukan udara, ia mampu menjana kuasa maksimum 9.7 hp (7.2kW) pada 7,000 rpm, dan tork maksimum sebanyak 11.0Nm dicapai pada 5,250 rpm.

Enjin ini dihubungkan dengan kotak gear empat kelajuan oleh sistem cekam plat basah berbilang (multiplate wet clutch), yang memindahkan kuasa ke roda belakang. 


Harga jualan Honda MSX 125 SF bermula dari RM10,449 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. 

Setiap pembelian model ini turut didatangkan dengan jaminan daripada pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km perbatuan yang mana terdahulu. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Skema warna badan kelabu dan emas menaikkan imej retro dan sepit udang terbalik (USD) 31 mm juga…
Berita Global
Di pasaran global, Honda MSX dengan wajah baharu diperkenalkan pada tahun 2020. Di Eropah nama MSX…