Boon Siew Honda sumbang RM100k kepada Tabung COVID-19 Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda telah menyumbang sebanyak RM100,000 kepada Tabung COVID-19 Pulau Pinang bagi membantu Jabatan Kesihatan negeri menangani pandemik yang masih belum reda.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sumbangan tersebut merupakan respon terhadap permintaan kerajaan negeri yang merayu sumbangan bagi membangunkan pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 tambahan disebabkankan sistem kesihatan kini berdepan dengan peningkatan kes pesakit kategori 4 dan 5.

Upacara penyampaian sumbangan tersebut turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Chon Kon Yeow; Pengarah Urusan dan CEO Boon Siew Honda, Yoshitaka Nakamura, selain disaksikan oleh YB Phee Boon Poh (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar Negeri), YB Dr. Norlela Ariffin (Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan), YB Joseph Ng (ADUN Air Itam), serta Dato' Sri Datuk Wira Tan Hui Jing (Pengerusi Boon Siew Honda).

Menurut Nakamura, "kami amat berterima kasih kepada semua petugas baris hadapan yang bertungkus lumus bekerja melawan pandemik ini. Sebagai sebuah korporat yang bertanggungjawab, Boon Siew Honda mahu memainkan peranannya dalam menyumbang semula kepada masyarakat.

"Kami berharap sumbangan ini akan disalurkan kepada proses pengembangan dan peningkatan sistem penjagaan kesihatan negeri," ujarnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…