Boon Siew Honda perkenal Honda EX5 Dream Fi Baharu

oleh Muhammad Md Tajudin|
Boon Siew Honda perkenal Honda EX5 Dream Fi Baharu
Boon Siew Honda perkenal Honda EX5 Dream Fi Baharu
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sedar tidak sedar, Honda EX5 sudah memasuki usia 30 tahun sejak diperkenal pada 1987. Sempena ulangtahun itu, Boon Siew Honda telah melancar slogan baharu iaitu “Kegembiraan Bersama 30 tahun” (The Joy of 30 Year) yang memberi maksud keseronokan dan sejarah model legenda itu yang telah berkhidmat dengan penuh bangga dan kegembiraan.

Sepanjang 30 tahun di Malaysia, Honda EX5 telah berkhidmat kepada lebih daripada dua juta penduduk Malaysia. Ini adalah selari dengan tempoh jualannya yang paling lama berada dalam pasaran.

Lebih menarik, jumlah pengeluaran dan jualan Honda EX5 bakal menjangkau ke angka 100 juta unit siri SuperCub seluruh dunia pada tahun ini.

Honda EX5 Dream Fi baharu

Honda EX5 Dream Fi baharu ini adalah versi yang dinaik taraf daripada model yang dilancar pada bulan April 2015. Model yang dipasarkan ini mematuhi piawaian EURO3 sepenuhnya. Honda EX5 Dream Fi baharu juga turut diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) di mana ia bukan sahaja cekap bahan api tetapi dengan tahap emisi CO2 yang lebih rendah.

Honda EX5 Dream Fi yang baru dilancarkan hari ini dilengkapi dengan roda tuangan, tayar tanpa tiub, pemegang genggaman “chrome” dan lambang Logo 3D.

Warna

Honda EX5 Dream Fi Baharu ditawarkan dalam tiga warna:

  • Ungu Metalik (Marianna Purple Metallic) 
  • Merah Metalik (Candy Scintillate Red) 
  • Biru Metalik (Pearl Nightfall Blue)
  • Versi tambahan dengan Roda Tuangan dalam Hitam Metalik (Pearl Magellanic Black)

Harga dan varian

Harga yang disyorkan untuk Honda EX5 Dream Fi baharu seperti berikut:

  • RM 4,906.74 (Kick Starter, Roda Jejari) 
  • RM 5,150.54 (Kick & Self Starter, Roda Jejari)
  • RM 5,404.94 (Kick & Self Start, Roda Tuangan)

Harga termasuk GST kecuali cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Honda EX5 Dream Fi Baharu didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…