Tiga warna yang sama ditawarkan iaitu Mat Gunpowder Black Metallic, Grand Prix Red dan Pearl Metalloid White yang menampilkan rekaan grafik yang dikemaskini, serta sub rangka belakang berwarna merah sebagai penghormatan kepada model Africa Twin.
Dari segi kuasa, enjin Parallel Twin DOHC 471 cc itu mampu menghasilkan 49.6 hp dan daya kilas 44.7 Nm @ 7,000 rpm, namun dengan beberapa perubahan terhadap inlet, ekzos dan juga pemasaan injap dan dibantu dengan klac Assist/Slipper.
Segala sisa pembakaran disalurkan keluar menerusi sistem ekzos dual exit dengan runut bunyi yang lebih sporti.
Ketinggian pelana kini berukuran 830 mm dari aras tanah disumbang dengan penggunaan rim hadapan bersaiz 19 inci serta sistem suspensi dengan jarak pergerakan yang sedikit panjang bertujuan untuk memberikan pengendalian yang lebih stabil atas permukaan kasar.
Sistem brek pula terdiri daripada brek cakera 310 mm dengan angkup omboh berkembar di hadapan yang dipadankan dengan cakera 240 mm dan angkup omboh tunggal dan dibantu dengan sistem brek ABS dua saluran sebagai ciri standard.