Boon Siew Honda memperkenalkan warna terbaharu RS150R - Hitam Mutiara Magellanic

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda hari ini secara rasminya telah memperkenalkan warna dan grafik terbaharu bagi model RS150R, model jualan terbaik mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda RS150R kini tampil dengan visual terbaru bersama  dengan pengenalan skim warna baru dan jalur sporty yang menawan serta decal reka bentuk terbaru digabungkan dengan enjin yang efisien bahan api, menjadikannya pilihan utama penunggang terhadap pesaingnya dari kelas yang sama. 


Grafik terkini yang menghiasi motorsikal RS150R sporty  ini terdapat dalam pilihan warna baru iaitu Hitam Mutiara Magellanic sebagai maklum balas langsung kepada pelanggan yang mengimpikan warna menawan yang seiringan dengan visual motosikal idaman mereka. 

Skim cat baru yang diperkenalkan bersama-sama warna yang sedia ada dengan grafik yang dikemaskini – Biru Mutiara Nightfall, Merah Candy dan yang amat popular, Edisi Repsol. 

Harga jualan bagi varian standard bermula dari RM7,999 manakala versi Repsol pula dijual pada harga RM8,299 atas jalan tanpa insurans, cukai jalan dan yuran pendaftaran, dengan jaminan selama dua tahun atau perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu. 

 


Boon Siew Honda walaubagaimanapun tidak mendatangkan sebarang perubahan teknikal pada nadi enjin PGM-FI. 

Berita Berkenaan

Informasi
"Dah capai 10,000 (perkongsian) dalam tiga jam. Terima kasih semua, saya sudah capai KPI (petunjuk…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah dan terpilih seluruh negara bermula 24…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar sah seluruh negara bermula 3 Jun 2023, dengan…