Honda BeAT 2024 tampil dengan kemaskini luaran baharu yang merangkumi panel badan, lampu LED depan dan tempat letak barang yang lebih besar.

Selain perubahan rupa, Honda BeAT 2024 turut dipertingkatkan dengan paparan meter gabungan analog dan digital yang memaparkan penunjuk bateri, serta port pengecas USB.
Dari segi kuasa, Honda BeAT 2024 masih kekal menggunakan nadi silinder tunggal sejukan udara 109.5 cc yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 8.7 hp pada 7,500 rpm dan 9.5 Nm pada 6,000 rpm.

Diperakui sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Honda BeAT 2024 mampu menawarkan penjimatan bahan api lebih baik, dengan penggunaan bahan api serendah 1.7 Liter setiap 100 km.
Untuk pasaran Malaysia, Honda BeAT 2024 ditawarkan dengan 4 pilihan warna iaitu Matte Silver, Red, Blue dan Green, dengan setiap pembelian datang bersama waranti 2 tahun atau jarak 20,000 km.