Boon Siew Honda lancar dua model - Honda X-ADV dan Honda CRF1000L Africa Twin

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda kini secara rasmi melancarkan dua buah model motorsikal berkuasa tinggi, X-ADV dan CRF1000L Africa Twin di Malaysia Autoshow 2018 Serdang.


MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketika pelancaran berlangsung, Pengarah Urusan Dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda memberitahu: "di Malaysia, kami tidak mengehadkan segmen berkuasa tinggi sport dan street, malah kami juga membawa masuk model yang mempunyai permintaan tinggi seperti skuter dan cross touring."

Serentak dengan itu Boon Siew Honda turut melancarkan Honda BigWing, pusat pameran terbaharu berkonsepkan Destinasi untuk Penunggang.

Honda BigWing merangkumi pusat pameran, pusat servis, jualan alat ganti, aksesori serta bilik istirehat bagi kemudahan para pelanggan. 

"Menerusi pembukaan Honda BigWing, motorsikal berkuasa tinggi Honda akan menjadi pilihan utama untuk rakyat Malaysia," tambah Keiichi.

 


Dalam masa yang sama, Boon Siew Honda turut mempamerkan model baharu Neo Sports Cafe iaitu CB1000R.

Honda X-ADV
 


Motorsikal crossover ini dihasilkan dengan menggabungkan kemudahan moden dengan prestasi yang lasak.

Dikuasakan enjin empat lejang bersesaran 745 cc dengan sejukan cecair, X-ADV mempunyai kuasa sebanyak 54 hp dan kuasa tork setinggi 68 Nm pada putaran enjin 4,750 rpm.

X-ADV didatangkan dengan transmisi automatik DCT jenis klac basah dan ciri Pilihan Kawalan Tork Honda (Honda Selectable Torque Control) yang menawarkan dua tahap kawalan pada permukaan yang berbeza.

Melengkapi X-ADV ialah tangki bahan api sebesar 13.1 liter dan ruang simpanan di bawah tempat duduk sebesar 21 liter.
 

X-ADV mempunyai lima pilihan warna termasuk merah Candy Chromosphere, Digital Silver Metallic, Matt Bullet Silver, Pearl Glare White dan Grand Prix Red

Harga permulaan X-ADV bermula dari RM61,478.94.

Honda CRF1000L Africa Twin
 


Motorsikal kembara jarak jauh ditambah dengan keupayaan beraksi off-road.

Menggunakan enjin bersesaran 998 cc, ia menghasilkan kuasa setinggi 93 hp dengan kuasa tork sebanyak 99 Nm maksimum.

Terdapat dua pilihan transmisi iaitu manual dan automatik enam kelajuan (varian Adventure Sport). 
Honda Africa Twin turut ditawarkan ciri Honda Selectable Torque Control dengan 7 tahap pilihan kawalan diberikan. 

CRF1000L Africa Twin didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Grand Prix Red dan Pearl Glare White bagi varian Adventure Sport. 

 

Harga jualan bagi Honda CRF1000L Africa Twin bermula dari RM74,198.98 bagi varian manual dan RM80,558.84 bagi varian Adventure Sport.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki untuk memperkukuh…
Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…