Boon Siew Honda lancar CB250R - harga atas jalan bermula dari RM23k!

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini telah mengadakan sesi tunggang uji bersama para media untuk model berkuasa tinggi X-ADV dan Africa Twin yang dilancarkan pada bulan April yang lalu di Litar Antarabangsa Sepang.

Pada masa yang sama, Boon Siew Honda turut mengambil kesempatan melancarkan dua buah motosikal di bawah keluarga konsep Neo Sports Cafe iaitu CB1000R yang telah diperkenalkan pada Malaysia Autoshow di MAEPS April lalu dan juga sebuah motosikal baharu di bawah kelas suku liter, iaitu CB250R.
 


Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, kedua model tersebut direka dengan konsep stail yang minimalis itu akan berada di pasaran pada bulan Julai ini.

 


CB1000R boleh didapati dengan dua warna iaitu Candy Chromosphere Red dan Graphite Black dengan tanda harga sekitar RM74,999. 

CB1000R dikuasakan oleh enjin empat silinder sebaris 4 stroke 998cc dengan kelajuan manual enam kelajuan, menghasilkan kuasa setinggi 107 kW dan daya kilas maksimum setinggi 104.0 Nm pada 8,250 rpm putaran enjin. 
 


Manakala motosikal kelas suku liter CB250R pula akan datang dengan tiga pilihan warna iaitu Matt Bullet Silver, Candy Chromosphere Red dan Graphite Black.

CB250R pula menggunakan enjin silinder tunggal berkapasiti 250cc menghasilkan kuasa setinggi 20.3 kW dan daya kilas maksimum 23.3 Nm yang masuk pada putaran enjin setinggi 8,000 rpm. 

Motosikal CB250R ini bakal dijual dengan tanda harga yang amat kompetitif iaitu sekitar RM22,999. 
 


Acara pelancaran tadi disudahi dengan sesi tunggang uji bersama para media mencuba dengan sendiri motosikal X-ADV, African Twin serta Neo Sports Cafe CB1000R yang turut diiringi oleh pelumba muda negara iaitu Zaqhwan Zaidi dan Azroy Hakeem Anuar di Litar Sepang. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Pelancaran
Dalam usaha untuk merancakkan lagi pasaran dunia dua roda Malaysia, Boon Siew Honda membawakan dua…
Berita Global
Boleh dikatakan para penunggang motosikal di Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan terutama dalam…
Berita Global
Skuter adventure Honda, X-ADV kini mengalami proses panggil semula (recall) di US. Kempen itu…