Boon Siew Honda hulur sumbangan kepada 210 pelanggan dan 21 rumah kebajikan

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda dengan kerjasama pengedar Honda Exclusive Shop Impian X di Pulau Pinang tampil ke depan untuk membantu komuniti yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, serta baucer membeli belah dan kad petrol telah disumbangkan kepada 210 individu, manakala 21 buah rumah kebajikan turut mendapat sumbangan berupa barangan dapur serta baucer makanan.

Jumlah keseluruhan sumbangan dianggarkan berjumlah RM56,000.

Bantuan tersebut diedarkan pada 25 Ogos yang lalu di tujuh buah kedai pengedar iaitu Chang Motor Sdn Bhd, Jimat Motor Sdn Bhd, KB Soon Huat Motor Sdn Bhd, NI Motor Sdn Bhd, Sing Huat Motors Sdn Bhd, Soon Lee Jaya Motor Sdn Bhd dan Taycon Motor Sdn Bhd.
 

CSR


Acara penyerahan tersebut turut disertai oleh Yoshitaka Namakura, Voon Yin Kong (Ketua Pegawai Pemasaran dan Jualan), Andy Kiong (Pengurus Kanan Bahagian Jualan Nasional) dan Steven Chin (Pengurus Kanan Bahagian Pemasaran).

Berikut merupakan senarai 21 buah rumah kebajikan yang telah menerima sumbangan daripada Boon Siew Honda:

  • Association Yee Ran Jing Sheh Handicapped Children’s Home,
  • Be Home For Special Care,
  • Comfort Nursing Home Company,
  • Crystal Care Centre,
  • Eden Handicap Centre,
  • Evershine Old Folks Home,
  • KS Elder Care Leisure Home KS,
  • MPKK Thean Teik,
  • Penang Care Centre,
  • Penang Children Home,
  • Penang Shan Children Home,
  • Persatuan Kanak-kanak Cerebral Palsy (Spastik) Pulau Pinang,
  • Persatuan Kebajikan Hati Sepati Raja Uda Butterworth Pulau Pinang,
  • Persatuan Kebajikan Kanak-kanak OKU Bayan Lepas Pulau Pinang,
  • Pertubuhan Penyayang Chi Yun,
  • Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya,
  • Pusat Jagaan Sinar Ceria,
  • Pusat Penjagaan Ceria,
  • Relau Rumah Charis Bhd,
  • Salvation Army Children Home
  • Shine Home Association Bukit Mertajam Penang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…