Bongkah Batu Terjatuh - PROLINTAS pantau keselamatan orang ramai yang terjejas

oleh Afandi Che Muhamad|
Susulan kejadian bongkah batu yang terjatuh dari bukit berhampiran tapak projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) yang merupakan syarikat konsesi lebuh raya berkenaan hari ini bertindak memantau keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya terjejas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, pihaknya telah mengerahkan pasukan Emergency Response Team (ERT) ke lokasi kejadian dekat Taman Bukit Saga, Ampang Jaya bagi tujuan tersebut.

"Pemantauan yang bermula semalam itu akan terus dilakukan sehingga kerja pembersihan di lokasi kejadian terutamanya jalan raya selesai.

"Kerja pembersihan tersebut dijangka siap hari ini dan operasi pembinaan dapat diteruskan bermula esok," katanya ketika ditemui pemberita pada sidang media awal pagi tadi.

FAIZAL (kiri) dan AZLAN (kanan) ketika berucap pada sidang media yang berlangsung di Ampang Jaya hari ini.

 

Jelas Azlan, pihaknya mengambil tanggungjawab dalam kejadian tersebut dan mengumumkan bakal mempertingkatkan ciri keselamatan menerusi langkah meletakkan dua lagi dinding konkrit tambahan selain turut menanam beberapa pokok di lokasi nahas berlaku.

Sementara itu, Pengurus Besar SUKE, Faizal Othman berkata, dua batang pokok telah pun ditanam setakat ini manakala aplikasi dinding konkrit tambahan pula akan dijalankan dalam tempoh terdekat.

"Kita kini giat memastikan akses laluan kembali pulih seperti biasa.

"Dalam masa sama, kita turut merancang menaik taraf teknologi pembinaan sedia ada demi manfaat pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal," ujarnya.

Terdahulu, tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi semalam.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Rawi, masalah utama Smart Lane ialah ramai pengguna yang tidak tahu laluan kecemasan di…
Informasi
Bagi mendepani situasi itu, LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan…
Berita Domestik
"Di masa hadapan apabila dirancangkan pembinaan lebuh raya baharu, kita mungkin boleh letakkan…