Bongkah batu atas jalan, lebih 10 kenderaan pancit tayar

oleh Penyumbang Rencana|
foto Harian Metro
Lebih 10 kenderaan dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang ke Kuala Lumpur mengalami tayar pancit dipercayai terlanggar bongkah batu di atas jalan raya.

Sebelum itu tular di media sosial mengenai kira-kira 20 kenderaan tersadai selepas terlanggar bongkah batu yang terdapat di atas jalan raya berkenaan.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Azman Shari'at yang dihubungi mengesahkan kejadian itu berlaku malam Isnin.

Pihak polis meminta pemandu yang mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) untuk tampil bagi membantu siasatan.

Menerusi gambar yang dikongsi IPD KLIA sebuah kereta peronda polis sudah berada di kawasan bongkah batu yang jatuh itu bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya.

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Balai Bomba Seremban 2, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, mangsa seorang wanita berusia 31…