Bomba pecah cermin BMW yang halang pili bomba

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak Bomba New York memecahkan tingkap sebuah BMW 5-Series yang parkir betul-betul di sebelah pili bomba.

Menurut laporan dari Popular Mechanics, pemandu BMW itu telah meninggalkan keretanya di situ selama empat hari kerana kunci BMW milik beliau itu sudah habis bateri dan perlu diganti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada malam terakhir, sebuah kebakaran berlaku di premis seberang jalan dan pihak bomba berkata itu adalah pili paling dekat dengan lokasi kejadian.

Pihak bomba New York turut menerima kecaman dan netizen kerana mereka menuduh pihak bomba boleh sahaja meletakan hos itu di atas hud kereta tanpa perlu memecahkan cermin BMW tersebut.

Namun begitu, tuduhan itu disangkal oleh ahli bomba yang lain kerana hos itu akan terbengkok dan menyebabkan aliran air bertekanan tinggi itu terganggu.

"Laluan menerusi cermin sisi BMW itu adalah laluan terbaik," ujar seorang ahi bomba.

Jadi, adakah patut apa yang dilakukan oleh bomba itu atau adakah anda berpihak kepada pemandu BMW tersebut? 

* Laporan asal di Popular Mechanics

 

Berita Berkenaan

Informasi
Gambar yang dibekalkan ini merupakan salah satu contoh yang sangat bagus kepada para pemandu yang…