Bolehkah berbuka jika dalam perjalanan?

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ramai antara kita yang sering berjalan jauh atas urusan kerja.

Dengan jaringan lebuhraya negara yang semakin lengkap, tidak menghairankan apabila kita terpaksa memandu beratus-ratus kilometer untuk menghadiri mesyuarat atau urusan kerja yang lain.

Di sini Careta berkongsi artikel yang pernah dikeluarkan oleh Astro Awani (baca artikel asal di pautan http://www.astroawani.com/ramadan/puasa-orang-musafir-39265)

Ia dipetik dari buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya.

Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Lotus Exige S 2013-1
Puasa orang musafir

Puasa itu wajib namun ada keringanan untuk golongan musafir
WALAUPUN puasa itu wajib, ada keringanan dalam agama bagi golongan tertentu untuk tidak berpuasa. Golongan ini dibenarkan berbuka puasa. Antaranya sebab musafir.

Apabila musafir iaitu perjalanan jauh yang melebihi dua marhalah maka dibenarkan berbuka puasa. Dua marhalah ini sekitar 90 kilometer, bukan 90 meter. Dalilnya adalah firman Allah s.w.t yang maksudnya:

“Maka sesiapa daripada kamu sakit atau musafir (haruslah dia berbuka puasa) maka gantilah hari yang lain.” (Surah al-Baqarah: 185)

Dalam satu hadis, Nabi s.a.w keluar menuju Mekah pada tahun pembukaan Mekah Ketika itu Nabi berpuasa bersama para sahabat. Ketika sampai di satu tempat bernama Kura’q al-Ghamim, diberitahu kepada Baginda bahawa para sahabat keletihan kerana puasa. Oleh itu, Naib mengambil sebekas air lalu minum selepas masuk waktu Asar. (Riwayat Muslim)

Keringanan untuk berbuka bagi orang musafir, mengikut pendapat sebahagian ulama, dengan beberapa syarat.

driving 2

a. Perjalanan itu harus.
Oleh itu, perjalanan semasa balik kampung diharuskan berbuka puasa. Kalau perjalanan yang tak harus seperti ingin bermain judi, maka tidak diberi kelonggaran untuk berbuka puasa.

b. Perjalanan itu bukan selalu.
Oleh itu, pemandu bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kedah umpamanya tidak diharuskan berbuka puasa. Kalau diharuskan, maka mereka tidak ada masa untuk menggantikan puasa Ramadan kerana sepanjang tahun mereka sentiasa bermusafir. Sungguh juga kalau begitu. Biasa juga orang yang sudah biasa memandu perjalanan jauh kurang berasa letih. Pepatah Melayu pun ada menyebut: “Alah bisa tegal biasa”. Tetapi jika terlalu penat akibat puasa, maka diharuskan berbuka puasa.

c. Sebahagian ulama menetapkan syarat agar perjalanan musafir itu dimulakan sebelum fajar lagi. Bukan apa, kalau pukul 2 petang baru naik bas, eloknya terus sajalah berpuasa. Tak lama lagi sudah hendak berbuka puasa.

driving 3

Bagi pendapat Careta, ia terpulang kepada individu. Namun begitu, dengan mutu lebuhraya yang sangat baik, R&R yang bersih dan selesa dan kabin kenderaan yang lengkap dengan penyaman-udara, tempat duduk empuk dan sistem audio yang baik, pemandu sekarang berada di dalam keadaan yang amat selesa untuk meneruskan ibadah berpuasa.

Namun begitu jika terlalu mengantuk atau mengalami masalah pening kerana tidak cukup makan. pemandu perlu berhenti untuk tidur. Jika ia tidak membantu, jangan memandu dalam keadaan yang tidak sihat kerana ia membahayakan diri sendiri dan pengguna lain.

Kepada yang menunggang motosikal pula, sekiranya sudah mula terasa pening akibat “heatwave” atau kesan panas terik, sepatutnya anda berhenti dan berehat.

Jika pening masih kekal, perlu berbuka untuk meminum air agar tubuh di nyah-hidrasi. Sangat merbahaya untuk menunggang dalam keadaan tidak sihat.

Ingat, keselamatan di jalanraya perlu menjadi keutamaan kerana nyawa tidak boleh diganti.

Memandu dalam keadaan yang marah bukan sahaja merbahaya, tetapi mungkin akan mengurangkan pahala berpuasa.

Memandu dalam keadaan yang marah bukan sahaja merbahaya, tetapi mungkin akan mengurangkan pahala berpuasa.