Boleh ke pandu kereta hibrid elektrik tapi tak perlu cas?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Kicks e-POWER
Nissan Kicks e-POWER
Di dalam pasaran automotif hari ini pengguna biasa ditawarkan dengan kenderaan hibrid, plug-in hybrid dan elektrik. Di dalam tiga jenis nadi tersebut, dua yang terakhir mendapatkan kuasa dari pengecasan elektrik.

Bezanya ialah kenderaan elektrik atau EV bergantung sepenuhnya kepada tenaga elektrik atau dalam erti kata lain perlu dicas untuk bergerak.

Pernah tak terfikir sebuah kereta mesra alam yang tidak perlu dicas? Jika begitu bagaimana kereta dapatkan kuasa?

Ini yang Nissan buat melalui teknologi e-POWER dengan menggabungkan motor elektrik dan enjin petrol untuk mengecas bateri.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan e-POWER

 

Berbeza dengan sistem kuasa kenderaan elektrik bateri (BEV) seperti LEAF, teknologi e-POWER terdiri daripada enjin petrol, penjana (generator) kuasa, penyongsang (inverter), bateri lithium-ion dan motor elektrik.

Secara ringkasnya, enjin petrol bertindak sebagai pembekal kuasa kepada sistem elektrik dan untuk itu pengguna tidak perlu mendapatkan tenaga elektrik dari luar kereta.

Teknologi yang menguasakan e-POWER

Melalui sistem e-POWER, roda kereta digerakkan oleh motor elektrik manakala enjin petrol digunakan untuk mengecas bateri dan menghantar bekalan elektrik kepada motor.

Apa yang terjadi ialah berbanding sistem konvensional di mana enjin petrol menggerakkan roda, enjin petrol di dalam sistem e-POWER hanya berfungsi sebagai pembekal untuk tenaga elektrik dihasilkan.

Keseluruhan sistem ibarat loji elektrik kecil yang dipakejkan di dalam sebuah kereta.

 

Nissan e-POWER

 

Sistem pemasaan memastikan enjin hanya berfungsi apabila perlu seterusnya menyumbang kepada kecekapan bahan api dan pemanduan yang senyap.

Dengan sistem ini, pengguna masih perlu mengisi minyak namun ia ditimbal balas apabila kereta tidak perlu dicas semalaman dan tidak perlu risau untuk mencari lokasi pengecasan apabila tenaga elektrik hampir habis.

Sistem ini juga berbeza dengan teknologi hibrid di mana enjin pembakaran dalaman menggerakkan roda dan nadi elektrik berfungsi sebagai pembekal tenaga tambahan.

Apa kelebihan e-POWER?

 

Nissan e-POWER

Ada tiga kelebihan utama sistem e-POWER seperti berikut:

  • Membolehkan pengguna menikmati segala kelebihan yang ada pada EV tetapi tanpa perlu pengecasan luar.
  • Menawarkan daya kilas yang tinggi pada kadar serta-merta dan membantu dalam prestasi kereta dan pecutan lancar.
  • Pemanduan yang senyap ala EV.

Model yang menggunakan teknologi e-POWER

Teknologi e-POWER bukan lagi di atas kertas atau bilik makmal tetapi sudah digunakan pada model massa Nissan Note 2016.

Ianya juga sudah hampir dengan negara kita apabila Nissan telah melancarkan SUV Kicks e-POWER di Thailand, Singapura, Indonesia dan merupakan negara terawal dengan teknologi itu selepas Jepun.

 

Nissan Kicks e-POWER

 

Nissan Kicks e-POWER dilengkapi motor elektrik EM57, penjana dan penyongsang yang menghasilkan tenaga elektrik dari enjin 1.2 liter DOHC tiga silinder.

Sistem e-POWER mempunyai output kuasa 95 kilowatt atau bersamaan 129 PS dengan tork 260 Nm.

Teknologi One-Pedal

Dengan nadi elektrik, Nissan Kicks e-POWER boleh menggunakan teknologi One-Pedal di mana pemandu dapat menjalankan fungsi memecut dan nyah pecut dengan satu pedal sahaja.

Ketika berada di dalam keadaan trafik henti dan mula, pemandu tidak perlu bertukar kepada dua dan cukup hanya satu pedal sahaja.

Memang janggal untuk menggunakan satu pedal namun lama-kelamaan akan menjadi satu kebiasaan.

 

Nissan Kicks e-POWER

 

Cuma perkara utama yang hendak disampaikan di dalam artikel ini ialah konsep teknologi e-POWER bukan perkara baharu namun ia berjaya ditolak kepada pasaran massa oleh Nissan.

Satu yang menarik selepas satu ketika dahulu Nissan membawakan LEAF kepada umum.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Global
Perjanjian itu datang selepas setengah tahun penstrukturan semula bernilai $4.2 bilion yang telah…