Boleh ke pandu kereta dengan satu padel sahaja?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan LEAF
Nissan LEAF
Soalan ini sebenarnya tidak terlalu jauh dengan teknologi pada kereta hari ini. Dari tiga kepada dua padel sahaja untuk kereta yang menggunakan transmisi automatik.

Jadi apa lah sangat dengan kereta satu padel. Adakah ia benar begitu? Walaupun evolusi dari tiga padel boleh dijelaskan melalui pertukaran transmisi manual kepada automatik ia tidak begitu untuk kereta satu padel.

Sebelum itu model manakah yang menggunakan pemanduan satu padel? Ini lebih mudah untuk dijawab iaitu Nissan LEAF dan model ini dijual di negara kita.

Apabila bercakap mengenai LEAF, satu perkara mengenainya ialah rangkaian kuasa elektrik dan lebih mudah untuk difahami mengapa ia boleh dipandu menggunakan satu padel sahaja.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Nissan LEAF NISMO 2020

 

Nissan telah membangunkan satu teknologi yang hanya melalui satu suis boleh menukarkan padel kuasa kepada tiga fungsi berbeza dan dikenali sebagai e-Pedal atau One-Pedal.

LEAF tetap mempunyai dua padel iaitu kuasa dan brek dan pemandu boleh menukar fungsi padel kuasa atau menggunakan satu padel bagi tiga fungsi berbeza berikut:

1. Pecutan

2. Nyahpecut atau memperlahankan kereta

3. Berhenti

Ini merupakan teknologi pertama di dunia dengan operasi satu padel yang dapat menghentikan kereta sepenuhnya sama ada di kawasan curam, kekal pada kedudukan dan sambung perjalanan secara serta-merta.

 

Nissan e-Pedal

 

Menurut Nissan, pemandu boleh menggunakan fungsi ini di dalam 90 peratus keperluan pemanduan mereka dan lebih ringkas.

Sebagai contoh semasa dalam keadaan kesesakan jalan raya atau perjalanan dalam bandar di mana pemandu tidak perlu bertukar-tukar padel kuasa dan brek.

Bagaimanakah teknologi ini berfungsi?

Secara ringkasnya, fungsi satu padel berkait rapat dengan sistem motor elektrik itu sendiri.

Apabila kaki diangkat ke atas (ease off), padel pecutan akan memberi isyarat supaya motor memulakan proses memperlahankan kenderaan.

Apabila kaki diangkat (ease off) dari padel pecutan, daya nyahpecut akan terhasil (maksimum 0.2G) dan ia bersamaan dengan memijak padel brek.

Hasil dari pengurusan motor elektronik yang tepat, e-Pedal membolehkan kereta menuruni curam dengan nyahpecut yang lancar atau secara natural.

Nissan e-Pedal

Apabila kereta berhenti sepenuhnya, sistem brek hidraulik akan diaktifkan secara automatik bagi mengekalkan kereta dalam keadaan statik.

Sistem yang digunakan membolehkan kereta dihentikan pada cerun sehingga darjah kecuraman 30 peratus sama ada dalam keadaan menaik atau menurun.

Brek juga diaktifkan secara serentak pada permukaan yang kurang cengkaman dengan menggunakan kesemua empat roda untuk memperlahankan kereta.

Di sini dapat disaksikan bagaimana satu atau padel kuasa berkait rapat dengan motor dan brek dengan menghantar isyarat situasi semasa.

Ini lah yang dinamakan sebagai satu padel untuk tiga fungsi berbeza.

Nissan e-Pedal

Bagaimana pula untuk menggunakan satu padel sahaja?

Seperti yang diterangkan sebelum ini, e-Pedal membolehkan pemandu mula menggerakkan kereta, memecut, nyahpecut (atau perlahan) dan menghentikan kereta hanya dengan padel pecutan.

Untuk memecut laju, tekan padel pecutan dengan kuat dan apabila kaki diangkat (lift off) dari padel pecutan, tindakan tersebut sama seperti memijak padel brek dan kereta akan diperlahan dan dihentikan.

Di dalam kesesakan jalan raya, fungsi e-Pedal mengurangkan pergerakan kaki dari satu padel ke padel lain dan pemanduan menjadi lebih mudah.

Fungsi e-Pedal turut membantu memudahkan pemandu untuk menggangarkan jarak dengan kenderaan di hadapan.

 

Nissan LEAF NISMO 2020

 

Teknologi satu padel ini memang nampak janggal apatah lagi untuk percaya padel pecutan juga berfungsi sebagai brek.

Memandangkan teknologi ini masih belum digunakan secara meluas, usah risau kerana e-Pedal bukan satu fungsi wajib dan pemandu masih boleh menggunakan padel brek seperti biasa.

Namun apabila sudah biasa dan berpengalaman, pemanduan menjadi lebih mudah dan sebelah kaki boleh direhatkan dengan tenang.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Nissan

 

Nissan LEAF NISMO

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…