Boleh 'cabar' atau tidak di mahkamah jika dikompaun ketika PKP?

oleh SALINA JALIL|
Individu yang tidak berpuas hati dikenakan kompaun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh 'mencabarnya' dengan tidak membayar denda dan hadir dalam perbicaraan di mahkamah.


Pakar Perlembagaan Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ketika ini Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) menetapkan kadar maksimum kompaun ke atas individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 berjumlah RM1,000.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Jika ada individu disaman tidak bersetuju dengan kompaun dikenakan, jangan bayar.

 

"Apabila mereka tidak bayar, pihak pendakwa akan heret mereka ke mahkamah dan di sana pendakwa kena buktikan kesalahan dilakukan individu terbabit," katanya.

 

Katanya, prosedur denda itu sama seperti pesalah trafik yang akan diheret ke mahkamah jika gagal membayar kompaun dikenakan.

 

"Kebiasaan dalam kompaun ada tarikh perbicaraan, jika individu berkenaan nak cabar tindakan dikenakan ke atasnya, hadir dalam perbicaraan itu," katanya.

 

Pendapat sama turut disuarakan pakar undang-undang Prof Datuk Salleh Buang yang menjelaskan bahawa individu dikenakan kompaun boleh merayu jumlah bersesuaian di mahkamah.

 

"Boleh (bawa ke mahkamah), terserah kepada mahkamah nak bagi atau tidak (rayuan), ikut hasil keadaan setiap satu kes," katanya ringkas.

 

Salleh berkata, orang ramai juga boleh mencabar kesahihan undang-undang PKP di mahkamah tetapi tindakan itu dilihat hanya sia-sia.

 

"Boleh cabar, tetapi saya rasa tindakan sia-sia kerana saya yakin mahkamah akan kata undang-undang (PKP) ini sah.

 

"Malah, undang-undang PKP berasaskan akta parlimen dan wujud sebelum darurat diisytiharkan baru-baru ini," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan…
Berita Domestik
"Sekiranya bayaran kompaun tidak diselesaikan dalam tempoh tiga bulan, kes akan dibawa ke mahkamah…
Berita Domestik
  DBKL dalam kenyataan pada Rabu berkata, operasi disertai Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan…