Boks motosikal - Berapa kelajuan maksimum yang selamat?

oleh HEZERI SAMSURI|
Penggunaan kotak kargo atau boks untuk motosikal sudah menjadi perkara lazim kerana ia memberikan praktikaliti tambahan kepada genre pengangkutan dua roda itu.

Pelbagai jenis boks atas atau "top box/case" dan "pannier" atau boks sisi yang boleh didapati di dalam pasaran.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jenama motosikal sendiri memang menghasilkan boks mereka sendiri. Contohnya, BMW memang terkenal dengan boks jenis Vario yang diperbuat dari plastik dan boleh dibesar atau dikecilkan saiznya.

BMW juga mempunyai boks aluminium yang nampak premium serta membuatkan jentera anda sudah bersedia untuk ke Afrika, walaupun sebenarnya anda hanya ke mamak.

Jenama "aftermarket" di dalam pasaran pula terdiri dari Givi yang memang sangat popular, Shad, Hepco Becker, Touratech, Tourfella dan pelbagai lagi.

Satu isu yang sering dilupakan oleh penunggang ialah adakah akan wujud masalah stabiliti bila menggunakan boks-boks ini?

 

 

Sebenarnya, ada. Untuk boks keluaran jenama motosikal itu sendiri, ujian-ujian sudah dilakukan untuk menetapkan berat maksimum kargo dalam setiap boks, dan halaju maksimum.

Ada juga motosikal yang memang sudah direka dengan boks. Contohnya, varian RT dari BMW ataupun model GTR dari Kawasaki. Panniers mereka adalah sebahagian dari badan motosikal itu sendiri dan ini tidak menjadi sebarang masalah untuk ditunggang laju.

Namun begitu, ada motosikal yang memang tidak direka untuk dipasang dengan boks secara kekal.

BMW GS contohnya, tidak membenarkan kelajuan melebihi 180 kmsj bila boks digunakan.

Givi pula hanya mensarankan kelajuan maksimum serendah 120 kmsj. Ini ialah kerana Givi dipasang pada pelbagai jenama motosikal dan efek terhadap setiap motosikal itu berbeza.

Antara masalah atau bahaya yang boleh dihadapi ialah ketidak-stabilan bila ditunggang laju dengan boks-boks tersebut.

 

 

Ada jenis-jenis motosikal yang memang mempunyai masalah "tank-slap", di mana handle-bar akan berayun ke kiri dan ke kanan ketika kelajuan tinggi dan ia boleh menyebabkan kemalangan maut.

Ada juga yang pernah menggunakan boks ini bertahun-tahun tanpa masalah, tetapi secara tiba-tiba stabiliti motosikal mereka terganggu dengan teruk bila terkena angin lintang.

Selain dari itu, lebihan muatan juga akan mengganggu agihan berat pada motosikal, dan dengan hanya dua roda sahaja, ia memang mengundang bahaya.

Penunggang-penunggang motosikal ADV veteran yang ditemuramah oleh Careta berpendapat adalah terbaik sekiranya anda bertanyakan pendapat pemilik-pemilik motosikal yang sama sebelum anda memasang boks tersebut.

 

 

Dari pengalaman penulis sendiri, memang ada boks yang akan terganggu teruk akibat angin lintang. Sekiranya boks atas terlalu berat, imbangan motosikal ketika mengambil selekoh turun akan  terkesan.

Sistem gantungan juga perlu diubah jika membawa penumpang atau beban atau kedua-duanya sekali. Ini ialah kerana pengendalian sebuah motosikal sangat sensitif kepada berat muatan. Jika kita sering membawa muatan menggunakan boks, perlu belajar cara untuk mengubah talaan sistem gantungan.

Sekiranya ia sebuah model baharu, tunggang dengan perlahan dan tingkatkan kelajuan secara beransur-ansur untuk menguji kestabilannya.

Hilang kawalan pada kelajuan yang rendah adalah lebih selamat dari hilang kawalan pada kelajuan tinggi.

Semoga kita selamat di atas jalanraya.

 

* Harap ada yang mampu cadangkan penggunaan perkataan Bahasa Malaysia yang lebih afdal dari boks ini. Sila beri cadangan anda!

Berita Berkenaan

Aksesori Motosikal
Kini, pemilik Triumph Tiger 900 juga boleh menikmati aksesori Touratech kerana ia telah melancarkan…
Berita Domestik
Givi Asia telah melangsungkan sambutan ulangtahun ke 25 mereka di Genting Highlands minggu lalu dan…
Model Terbaharu
  Ada perbezaanya dan kali ini Careta bawakan beberapa fakta yang anda perlu ketahui akan salah…