Menerusi kontrak bernilai $6.2 bilion yang ditandatangani pada tahun 2017, QEAF bakal menerima 36 unit F-15QA.
Ciri moden yang dimuatkan pada pesawat Ababil ini termasuklah kawalan fly-by-wire, sistem kokpit termaju dengan paparan kaca, serta sistem sambungan kabel berkelajuan tinggi.

Sebagai sebuah pesawat tempur, ia juga turut dilengkapi dengan sistem persenjataan termaju seperti Raytheon AIM-9X Sidewinder, misil udara-ke-udara AIM-120 AMRAAM, misil anti-kapal Boeing AGM-84 Harpoon, Joint Direct Attact Munition (JDAM), serta misil berkelajuan tinggi Raytheon AGM-88 HARM (High-speed Anti-Radiation Missile).
Boeing kini sedang dalam proses untuk melaksanakan latihan juruterbang, serta mewujudkan pusat latihan kru penerbangan dan penyelenggaran di pengkalan udara Al Udeid menjelang tahun 2024 yang mampu menawarkan sokongan logistik dan alat ganti.
Pesawat F-15QA ini juga akan digunakan sebagai asas untuk pembangunan pesawat tempur F-15EX 'Eagle II' yang bakal digunakan oleh USAF sebanyak 144 unit.