Boeing 777-8 Freighter, kapal terbang kargo dwi-enjin terbesar di dunia

oleh Mohamad Hanif|
Boeing baru-baru ini memperkenalkan kapal terbang kargo 777-8 Freighter sebagai sebahagian daripada perjanjian sebanyak 50 unit yang dibuat bersama Qatar Airways.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Boeing 777-8 Freighter merupakan kapal terbang kargo dwi-enjin jarak jauh terbesar di dunia, dan memiliki kapasiti kargo yang sama seperti model 747-400.
 

Qatar


Varian terbaharu Boeing 777X ini merupakan hasil daripada permintaan Qatar Airways dalam usaha untuk menggantikan peranan pesawat 777F yang digunakan pada ketika ini.

Pesawat 777-8 Freighter dikatakan berkongsi rekaan sayap ringan yang sama dengan keluarga 777X, dengan enjin berkembar GE9X yang lebih cekap 10 peratus, dan mampu terbang sejauh 8,167 km dengan membawa muatan seberat 118 tan.
 

Qatar


Qatar Airways merupakan salah satu daripada syarikat pengendali kargo udara terbesar di dunia, dan telah menjadi rakan kerjasama dengan Boeing semenjak 25 tahun yang lalu.

Boeing 777-8 Freighter akan dibina di fasiliti Everett, Washington dan unit pertama dijadualkan penghantarannya pada tahun 2027.