Boeing 747-400 Global SuperTanker - bomba udara di hutan hujan Amazon

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun dengan kehadiran pasukan bomba dan penyelamat, serta pasukan askar bagi mengawal kebakaran hutan hujan Amazon, keadaan seakan tidak surut disebabkan lokasi kebakaran yang jauh dari sumber air.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini memaksa kerajaan Bolivia memanggil khidmat pasukan pemadam kebakaran yang mampu beroperasi dari udara, iaitu sebuah kapal terbang Boeing 747-400 yang digelar sebagai Global SuperTanker.

Jentera bomba udara ini mampu membawa muatan air dan bahan perencat api sebesar 75,708 liter, terima kasih kepada tangki yang dimuatkan secara retrofit. 

Pasukan yang terdiri daripada 15 orang kru kapal ini dikerahkan untuk bertugas selama dua minggu dengan kadar kekerapan penerbangan empat kali sehari. 

 


Menurut Dan Reese, Presiden syarikat Global SuperTanker memberitahu Popular Mechanics, "Kami sendiri tidak tahu apa yang perlu dijangkakan daripada misi ini.

"Antara masalah utama adalah kehadiran petugas yang tidak mencukupi bagi mengawal kebakaran hutan yang semakin merebak.

Jadi, adakah kehadiran SuperTanker ini tidak berkesan? 

"Ramai orang menyangka jentera pemadam api udara ini mampu mengawal kebakaran dengan cepat, namun dalam kes ini, kami bekerja keras dengan pasukan pemadam api di darat bagi menghasilkan kerja yang lebih efektif.

Semenjak ditugaskan untuk mengawal kebakaran hutan Amazon, pesawat ini sudah pun menghantar kira-kira 71,922 liter air tanpa kehadiran perencat api yang rata-ratanya mengandungi ammonia. 

Ini kerana kerajaan Bolivia mengambil berat akan kesan daripada penggunaan bahan tersebut mungkin akan menjejaskan lagi keseimbangan ekosistem hutan hujan Amazon yang sudah tersedia teruk itu.

 

sumber gambar: fireaviation

Syarikat Global SuperTanker berpusat di Colorado Springs dan sudah pun berkhidmat mengawal kebakaran liar di serata dunia, termasuklah di Amerika Syarikat, Chile, Australia, dan Timur Tengah. 

Menariknya, sebelum pesawat 747-400 ini memulakan tugas baharu dengan kebenaran FAA pada tahun 2016, ia sebenarnya telah digunakan oleh Japan Airlines untuk membawa penumpang. 

Sumber: Popular Mechanics