Bocor: rupa sebenar versi lebih buas Ferrari SF90 tanpa samaran

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Awal bulan ini kita telah didedahkan dengan beberapa gambar intip menunjukkkan model SF90 Versione Speciale yang memfokuskan untuk meratah litar dengan pakej prestasi lebih buas sedang diuji.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menjelang pelancarannya pada 29 Jun, Ferrari telah mendedahkan imej acah bagi SF90 versi buas itu, namun yang menarik perhatian ialah gambar bocor menunjukkan rupa hampir penuh model tersebut.

 

2

 

Berdasarkan gambar dikongsikan jelas kelihatan rupa luaran yang dipertingkatkan dengan naik taraf prestasi pada bahagian depan, seperti splitter yang besar untuk membantu meningkatkan daya turun (downforce).

Ia turut dilihat memiliki lubang udara di atas bampar hadapan yang bercantum dengan skirt sisi dan saluran udara ke enjin yang direka bentuk semula, menjadikannya sebahagian daripada peningkatan aerodinamik yang komprehensif

 

3

 

Pada bahagian belakang pula, jelas kelihatan peningkatan pakej aerodinamik dimana ia dilengkapi sayap statik yang besar, bersama bumper dan difuser belakang baharu yang lebih agresif.

SF90 versi lebih buas itu juga masih mengekalkan trenkuasa hibrid SF90 Stradale, dimana ia dikuasakan enjin V8 4.0 liter twin-turbocharged, dipadankan dengan 3 motor elektrik menjadikannya pacuan semua roda (AWD).

 

4

 

Namun menurut The Supercar Blog, nadi itu bakal menerima suntikan kuasa tambahan sehingga 44 HP, menjadikan kuasa keseluruhan sehingga 1030 HP.

Sumber turut mengatakan bahawa nama rasmi bagi model istimewa itu akan dinamakan sebagai SF90 LM, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SF90 Le Mans (@sf90lm)

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ini bukanlah versi pertama SF90 yang dipertingkatkan, dimana sebelum ini SF90 Stradale hadir dengan…