Jika dilihat dari imej, kelihatan kedua-dua model tersebut berada di dalam barisan akhir pemasangan di dalam kilang yang tidak dapat dipastikan lokasinya.
Toyota Alphard dan Vellfire 2023 dijangka untuk dilancarkan pada bulan Jun tahun ini di Jepun.
Tiada samaran yang mengganggu, jelas kelihatan rupa yang membezakan antara Alphard dan Vellfire dengan rekaan tersendiri masing-masing.
Jelas kelihatan dengan warna putih, rupa hadapan Alphard baharu kini tampil dengan rekaan jeriji yang lebih besar seperti model terkininya, bersama rekaan lampu hadapan serba baharu yang lebih tirus.
Manakala untuk model Vellfire dengan warna hitam, seperti generasi sebelum ini rupa hadapannya kelihatan lebih agresif dengan bersama trim dan skirting tambahan krom.
Pada bahagian belakang pula, rekaan lampu kini kelihatan lebih tajam di bahagian tepi hujung dan kelihatan lebih selari berbanding generasi sebelum ini.
Setakat ini, maklumat rasmi mengenai MPV mewah kegemaran peniaga dan bangsawan di Malaysia itu masih belum didedahkan, sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya yang dijangka pada bulan Jun ini.