Bocor lagi: Rekaan papan pemuka Iriz Active pula terdedah!

oleh Mohamad Hanif|
Entah kenapa, sejak dua menjak ini banyak pula gambar-gambar sebenar Iriz dan Persona MC2, serta Iriz Active yang terbocor di media sosial.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Setelah kita puas melihat rupa sebenar Iriz Active yang tidak seperti model konsep yang diperlihatkan beberapa tahun yang lalu, kali ini rakan media Funtasticko pula berjaya memperoleh rupa sebenar papan pemuka Iriz versi crossover yang telah diberikan kemaskini.

Sama seperti papan pemuka Persona MC2, Iriz Active masih lagi mengekalkan susunan dan reka bentuk yang sama, namun ia didatangkan dengan kombinasi warna hitam dan merah, kemasan krom kusam serta tempat duduk balutan kulit dengan jahitan kontras merah.

 


Konsol tengah juga telah berubah wajah dengan posisi yang telah ditinggikan sedikit, kemasan warna merah, kehadiran tombol gear baharu dan kehadiran perehat lengan yang sebelum ini tidak ada pada model terdahulu.

Tiada sebarang tarikh tetap pelancaran bagi model Iriz/Persona MC2 serta model Iriz Active didedahkan buat masa ini.

Berkemungkinan besar selepas sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi.

 


Sumber: Funtasticko

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, ini merupakan versi yang lebih jelas dan lebih…