Bobber bajet dari ChangJiang!

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

Anda minat dengan Triumph Bonnie Bobber baharu tetapi tidak mampu?

Jangan risau kerana ChangJiang dari China ada alternatifnya dan ia tidak begitu teruk dari spesifikasi.

Antara syarikat motosikal tertua di China, ChangJiang sebenarnya menghasilkan model itu untuk dipasang kepada kereta sisi atau sidecar.

 

Cj

 

Namun begitu, ia nampak seperti sebuah Bobber dan selepas gambar ini tersebar, mungkin mereka akan menghasilkannya.

Enjin ialah dari CFMoto dengan sesaran 650 cc, dua selinder selari (seperti enjin Kawasaki ER-6).

Malah tenaga maksimum yang dihasilkan juga cuma 6 hp kurang dari Triumph yang memberikan tenaga maksimum pada 76 hp. Daya kilas atau tork bagaimanapun hampir separuh lenih rendah dari Triumph.

Adakah ia akan datang ke Malaysia? Mungkin jika harganya kena tetapi buat masa sekarang, kebanyakan jenama China yang hadir di sini lebih bertumpu kepada yang berenjin 250cc ke bawah.

 

Add new comment

banner articles