Bob Ballard, lelaki jumpa kapal Titanic dihalang cari MH370

oleh SALINA JALIL|
Misteri kehilangan pesawat negara Boeing 777 milik Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) MH370 masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan oleh pakar-pakar penerbangan dari dalam dan luar negara termasuk pakar 'bertauliah' netizen.


Terbaharu adalah dari seorang peneroka laut terkenal yang pernah menemukan kapal Titanic mendedahkan dirinya dihalang daripada menyertai misi pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.


Lapor Daily Star, Bob Ballard yang pernah menemukan kapal di dasar Laut Atlantik pada 1985 berkata, dia menawarkan diri untuk membantu mencari pesawat yang hilang sejak tujuh tahun lalu.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kataya, usahanya itu dihalang oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.

 

“Saya adalah orang pertama yang menghubungi Australia yang mengetuai pencarian di sana.

 

“Sekalipun mereka tidak mahu menggunakan aset yang saya ada, tetapi saya tahu bagaimana hendak mencari pesawat yang hilang.

 

“Saya masih berharap dapat menemukan pesawat itu. Malah, saya berasa sangat gembira untuk menyumbangkan kepakaran, tetapi mereka tetap tidak mengizinkan,” katanya.

 

Dokumentari Bob Ballard yang berjudul An Explorer's Life akan ditayangkan di rangkaian National Geographic saluran Astro CH 551 dan Unifi TV CH 508 pada hari Selasa, 6 Julai 2021 pada jam 9 malam.

 

Pesawat MH370 melakukan perjalanan ke Beijing, China sebelum terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara.

 

Menurut Ballard, penggunaan teknologi baharu dapat meningkatkan peluang pencarian kapal terbang yang membawa 227 penumpang dan 12 kru kabin.

 

Jelasnya, kemunculan kenderaan autonomi dapat digunakan untuk menjelajah dasar laut yang luas.

 

Dia kini merancang melancarkan pencarian kedua pesawat perintis Amerika Syarikat, Amelia Earhart yang hilang di Lautan Pasifik sejak 1937.

 

Walaupun percubaan pertama Ballard pada 2019 gagal, namun, ia tetap memberikan peluang kepada dirinya mencuba teknologi terkini semasa pencarian.

 

Careta pernah dihubungi oleh seorang penerbit dokumentasi antarabangsa yang ingin membuat sesi temuramah bersama ahli keluarga mangsa MH370 di China, akan tetapi kerajaan negara tersebut telah menolak permintaan tersebut dan sehingga kini kehilangan sebuah pesawat yang membawa 239 nyawa ini kekal misteri. 

 

Al-Fatehah dan semoga kita temui jawapan yang benar suatu hari ini.

 

 

Utusan Malaysia

Berita Berkenaan

Informasi
“Maksudnya, mereka tak dapat jumpa pesawat itu, tidak ada bayaran diberikan. “Namun begitu, ada…
Informasi
“Sebagai menteri yang mewakili kerajaan Malaysia berada di sini hari ini, ia bukan sekadar…
Informasi
Dalam satu ceramah di Persatuan Aeronautik Diraja (RAS), Marchand dan Blelly dilaporkan mendakwa,…