BMW Z4 serba baharu diperlihatkan - varian sDrive30i M Sport, harga bermula dari RM460k

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam acara yang sama semalam, BMW Malaysia turut mengambil kesempatan memperkenalkan BMW Z4 serba baharu kepada para media yang hadir pada pelancaran BMW 3 Series. 

BMW Z4 ini bakal ditawarkan menerusi varian sDrive30i M Sport dengan harga anggaran jualan bermula dari RM460,000.

Sama seperti BMW 330i, BMW Z4 juga turut menerima peningkatan dimensi sebanyak 85 mm panjang, 75 mm lebar dan tinggi 13 mm berbanding generasi terdahulu, menjadikan dimensi keseluruhan 4,324 mm x 1,864 mm x 1,304 mm. 
 


Trek tayar juga kini telah ditambah memberikan pemanduan dan pengendalian yang lebih lincah dan stabil, dibantu dengan pusat graviti yang lebih rendah. 

Didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter, ia mampu menghamburkan 258 kuasa kuda dan daya kilas 400 Nm sebelum ia disalurkan kepada roda menerusi transmisi Steptronic Sport lapan nisbah kelajuan. 

 


Empat warna ditawarkan iaitu:

  • San Francisco Red
  • Misano Blue
  • Black Sapphire
  • Alpine White

Manakala ruang dalaman pula diberikan tiga pilihan warna trim iaitu hitam, Magma Red atau Cognac yang dikontraskan dengan jahitan hitam. 

BMW Z4 akan mula memasuki pasaran Malaysia menjelang Mei ini. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pacuan roda belakang tersebut dibangunkan menerusi kerjasama dengan BMW, di mana ia banyak…
Berita Global
Menurut laporan daripada National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), kempen recall…
Berita Domestik
Duit tersebut yang disorok di dalam but kenderaan tersebut  dijumpai selepas Batalion 5 Pasukan…