Spesifikasi BMW Z4 ini adalah seperti berikut:-
- enjin petrol empat silinder 2.0 liter dengan sistem pengecas turbo twin-scroll
- transmisi Steptronic Sport lapan-kelajuan
- jumlah kuasa kuda 255 hp dan 400Nm tork
Ciri-ciri lain adalah:-
- casis serba baharu
- spring berkembar strut axle di bahagian hadapan
- suspensi jenis five-link rear axle di belakang
Terdapat beberapa elemen lain yang amat menarik pada Z4 ini iaitu ‘BMW Live Cockpit Professional’ iaitu paparan informasi sesentuh dan BMW Digital Key iaitu kunci digital yang membolehkan pemilik akses ke Z4 ini melalui penggunaan telefon android yang berfungsi untuk membuka, mengunci pintu dan menghidupkan enjin jentera ini!
Terdapat lima pilihan warna untuk Z4 ini iaitu San Francisco Red, Misano Blue, Black Sapphire, Glacier Silver dan Alpine White.
Untuk kemasan bahagian kabin pula terdapat tiga pilihan warna iaitu serba hitam, Magma Red dengan jahitan hitam atau Cognac dengan jahitan hitam.