BMW Z18 Concept - bukti SUV sporty sudah difikirkan sejak 1995

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Roadster offroad pertama dari BMW ini kekal sebagai konsep sahaja tetapi ia memang sangat sinonim dengan era pertengahan 1990-an.

Di waktu ketika ramai mahu memiliki motosikal enduro dan mengembara di kawasan berhutan, konsep Z18 ini khusus untuk mereka yang mahukan sedikit kemewahan dan pemanduan sporty sambil masih boleh masuk ke kawasan offroad.

 

 

Menggunakan badan dan platform roadster Z3 yang ditinggikan, BMW berjaya memuatkan enjin 4.4L V8 dengan kuasa kuda 355 hp serta sistem pemanduan 4X4 ke dalam konsep yang kecil ini.

 

 

Badan Z18 ini sebenarnya menggunakan komposit plastik dan ia juga kalis air, membolehkan kereta konsep ini terapung di dalam air tenang.

 

 

Rekabentuk sebenarnya boleh memuatkan dua atau empat tempat duduk. Ia juga boleh direka kembali untuk menjadi sebuah trak pikap.

Unik tapi sayangnya, ia tinggal kenangan dalam bentuk konsep.

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…