BMW XM 2026 2 varian, XM Label model produksi BMW M paling berkuasa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
BMW XM 2026
BMW XM 2026
BMW XM, sebuah kenderaan aktiviti sukan (SAV) menarik perhatian dengan reka bentuknya yang unik, menyerlah dan garang.

Dikeluarkan sejak Disember 2022, BMW menyusun semula portfolio dengan tumpuan pada dua varian iaitu XM Label dan XM 50e.

Pembaharuan ini melibatkan lebih daripada penyusunan semula barisan model.

Ia turut membawa peningkatan pada pilihan peralatan luaran dan dalaman, serta penambahbaikan kadar pengecasan.
BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic

 

BMW XM Label

BMW XM Label kini merupakan satu-satunya model yang didatangkan dengan enjin V8 berelektrik.

Sistem M HYBRID terdiri daripada enjin V8 dengan output puncak 430 kW (585 hp).

Motor elektrik disepadukan ke dalam transmisi M Steptronic lapan kelajuan yang menyumbang sehingga 145 kW (197 hp).

Hasil gabungan ini, BMW XM Label mencapai output sistem keseluruhan 550 kW (748 hp) dan tork gabungan 1,000 Nm.

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic

 

Ini menjadikan XM Label sebagai model produksi BMW M yang paling berkuasa pernah dihasilkan.

XM Label mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j) dalam hanya 3.8 saat, dengan kelajuan tertinggi terhad secara elektronik kepada 250 km/j.

Had kelajuan ini boleh ditingkatkan kepada 290 km/j dengan Pakej M Driver pilihan.

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic

 

Dari segi kecekapan, penggunaan tenaganya adalah 33.7 kWj/100 km dan 2.3 l/100 km (WLTP gabungan).

Penggunaan bahan api dengan bateri dinyahcas ialah 12.8 l/100 km.

Jarak pemanduan elektrik maksimum yang mampu dicapai ialah 76 km.

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic 2026

 

BMW XM 50e

BMW XM 50e kekal tanpa perubahan. Model ini menampilkan enjin enam silinder berelektrik.

Penggunaan tenaganya adalah 32.0 kWj/100 km dan 1.6 l/100 km (WLTP gabungan).

Dengan bateri dinyahcas, penggunaan bahan api adalah 11.3 l/100 km.

Jarak pemanduan elektrik maksimum model ini adalah antara 80 hingga 86 km. 

Pilihan Baharu dan Peningkatan Kadar Pengecasan

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic 2026

 

BMW XM Label kini menawarkan lebih banyak pilihan untuk penyesuaian luaran dan dalaman.

Warna luaran metalik BMW Individual Frozen Tanzanite Blue kini tersedia sebagai pilihan dan menyerlahkan karakter unik 

Jeriji BMW M, lengkap dengan garis riasan boleh dipesan dalam kemasan Hitam kilatan tinggi.

Selain itu, Animasi Cahaya Selamat Datang baharu menjadikan penampilan BMW XM Label lebih menonjol selepas gelap.

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic 2026

 

Di Eropah, BMW XM Label kini disertakan standard dengan roda aloi ringan 22 inci corak bercabang (double-spoke) 922 M Bicolour dan tayar saiz campuran, menggantikan roda 21 inci.

Pilihan baharu juga termasuk roda aloi ringan M 23 inci gaya 1096 M dalam warna Hitam.

Pada bahagian dalam, pilihan baharu termasuk kulit BMW Individual Night Blue Merino dengan elemen eksklusif, menawarkan suasana yang mewah.

Gabungan warna baharu lain yang tersedia ialah kulit BMW Individual Black Merino dengan permukaan Vintage Coffee Brown.

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic 2026

 

Pelanggan juga boleh dapatkan kulit BMW Individual Silverstone Merino dengan permukaan hitam.

Semua balutan kulit merino BMW Individual kini didatangkan standard dengan kusyen keselesaan berkualiti tinggi yang sepadan.

Selain itu, kadar pengecasan BMW XM Label juga telah ditingkatkan. Unit Pengecasan Gabungan sistem M HYBRID kini membolehkan pengecasan AC sehingga 11 kW.

Harga

Di Jerman, harga permulaan untuk BMW XM Label adalah €183,400 (sekitar RM 898,756.24). Harga untuk BMW XM 50e pula bermula dari €133,800 (sekitar RM 655,718.06). 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

BMW XM in BMW Individual Frozen Tanzanite Blue metallic 2026

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Yang mencuri tumpuan bukan sahaja aksi perlumbaan yang dipamerkan, kebanyakan mata-mata tertumpu…
Model Terbaharu
Secara standard, XM 2023 dikuasakan oleh enjin S68 V8 4.4 liter TwinPower Turbo dengan sistem BMW M…
Berita Global
Secara standard, BMW XM mendapat nadi bentangan V8 4.4 liter turbo berkembar yang mampu menjana…