BMW X7 xDrive40i Pure Excellence - versi CKD, bermula dari RM673 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada BMW 740Le xDrive M Sport, BMW Malaysia juga turut memperkenalkan sebuah lagi model pemasangan tempatan (CKD), iaitu BMW X7 xDrive40i Pure Excellence yang menyertai beberapa model lain seperti BMW BMW 218i Gran Coupe, BMW 330e M Sport dan BMW M340i xDrive.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Untuk versi CKD ini, ia masih lagi membawakan ciri-ciri seperti rekaan gril hadapan ikonik, lampu BMW Laserlight, lampu kabus LED, rim aloi 21 inci Y-spoke style 753 Bicolour dengan tayar jenis run-flat, dan pintu tailgate berkuasa elektrik.

 


Dari segi penawaran kuasa, BMW X7 xDrive40i Pure Excellece mengekalkan penggunaan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter yang menjana 340 hp dan 450 Nm, sistem pacuan semua roda xDrive dan transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j dicapai dalam masa 6.1 saat, dan bacaan penggunaan bahan api pula adalah sekitar 9.5 liter untuk setiap 100 km.

 


BMW X7 xDrive40i Pure Excellence 2021 ini turut mengekalkan ciri yang terdapat pada model import sebelum ini, iaitu Executive Drive Pro dengan penstabilan oleng aktif, serta sistem Kawalan Peredam Dinamik yang mampu memproses data daripada sistem navigasi dan kamera hadapan.

Untuk ruang kabin pula, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence menampilkan elemen trim 'Crafted Clarity', roda stereng sport balutan kulit, tempat duduk larasan elektrik dengan sistem ventilasi aktif, BMW Live Cockpit yang menampilkan dua skrin 12.3 inci, BMW Head-up Display, serta bantuan pengaktifan suara BMW Intelligent Personal Assistant dan BMW Gesture Control.

 


Antara ciri lain termasuklah sistem audio Harman Kardon dengan 16 pembesar suara, sistem pendingin hawa lima zon automatik, Rear Entertainment Professional System, bumbung Panorama Roof Sky Lounge, dan tidak ketinggalan penghadang privasi berkuasa elektrik untuk cermin sisi.

Aspek keselesaan penggunaan seharian disumbangkan oleh fungsi penutupan pintu jenis soft-close, sementara ruang kargo pula adalah sebesar 325 liter yang boleh ditambah kepada 2,120 liter apabila tempat duduk baris belakang dilipat.

Sebagai sebuah SUV bertaraf mercu, BMW X7 xDrive40i Pure Excellence menampilkan koleksi kelengkapan keselamatan merangkumi BMW Personal CoPilot, Parking Assistant Plus dengan automatic manoeuvring, Reversing Assistant, serta Driving Assistant yang merangkumi ciri seperti Amaran Keluar Laluan, Amaran Penukaran Laluan, Amaran pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek, dan Kawalan Jelajah Aktif dengan fungsi Stop & Go.

 


Lima warna ditawarkan untuk BMW X7 xDrive40i Pure Excellence iaitu:

  •     Black Sapphire (kemasan dalaman kulit Vernasca Cognac)
  •     Sophisto Grey (kemasan dalaman kulit Vernasca Cognac)
  •     Phytonic Blue (kemasan dalaman kulit berliang Vernasca Black)
  •     Manhattan Metallic (kemasan dalaman kulit berliang Vernasca Black)
  •     Mineral White (kemasan dalaman kulit Vernasca Coffee, rekaan berliang Black)


Harga jualan bermula dari RM673,323.61 atau bulanan serendah RM7,468.00 dengan menggunakan Balloon Financing Plan berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus untuk tempoh lima tahun.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Antara perubahan utama pada BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ialah dinaiktaraf dengan enjin petrol…