BMW X7 xDrive40i Pure Excellence rasmi di Malaysia - Sistem mild-hibrid 48V, harga dari RM654,800

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah memperkenalkan barisan lengkap BMW 3 Series beberapa hari lepas, BMW Malaysia hari ini melancarkan pula versi kemaskini Sports Activity Vehicle (SAV) terbesar mereka iaitu BMW X7 xDrive40i Pure Excellence.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara perubahan utama pada BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ialah dinaiktaraf dengan enjin petrol bersama sistem mild-hibrid 48V.

 

2

 

X7 xDrive40i Pure Excellence  itu masih dikuasakan oleh enjin B58 3.0 liter 6 silinder turbo dipadankan dengan tranmisi Steptronic Sport lapan kelajuan bersama pacuan semua roda xDrive.

Menampilkan sistem mild-hibrid 48V, ia kini memiliki motor elektrik yang menghasilkan 12 HP dan 200 Nm, gabungan enjin bersama sistem mild-hibrid itu mampu menghasilkan sehingga 375 HP dan 540 Nm.

 

3

 

Prestasi baharu itu mampu memberikan kemampuan pecutan dari 0 ke 100 kmj dalam masa 5.8 saat sahaja, dengan kelajuan tertinggi sehingga 250 kmj.

Pada rekaan luarannya, bahagian depan X7 xDrive40i Pure Excellence masih didatangkan dengan rekaan jeriji buah pinggang besar dengan elemen krom.

 

4

 

Ia juga didatangkan dengan rekaan lampu terpisah di mana jalur lampu di atas menempatkan lampu DRL LED serta lampu isyarat membelok dan unit lampu utama pada bahagian bawah.

Sementara pada bahagian belakang, ia didatangkan dengan lampu belakang berbentuk L baharu yang disertakan dengan ukiran 3D, lampu isyarat mendatar dan grafik sisi.

 

5

 

Pada bahagian dalam pula,  ia turut menampilkan skrin melengkung BMW Curved Display bersama skrin paparan info 12.3 inci dan skrin paparan tengah 14.9 inci untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih canggih.

Ia juga dilengkapi denga ciri BMW Live Cockpit Professional yang dikuasakan oleh BMW Operating System 8, BMW Intelligent Personal Asistant, Comfort Access, serta ciri Connected Package Professional yang turut merangkumi sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

 

6

 

Rekaan lubang udara untuk penghawa dingin juga telah direka semula dimana ianya kini lebih langsing berbanding generasi sebelum ini.

Untuk pasaran Malaysia, bahagian kabin X7 xDrive40i Pure Excellence dihiasi dengan trim kayu halus “Lindenwood Fineline”, stereng sport berkulit dan Material Bumbung M “Alcantara” antrasit.

 

7

 

Pada bahagian bawah trim juga, ia dilengkapi dengan jalur Cahaya Ambien yang memberikan pencahayaan latar dan menambah efek dimensi dengan ciri hablur dan struktur prismatiknya.

Untuk varian X7 xDrive40i Pure Excellence, ia didatangkan dengan konfigurasi enam tempat duduk, dimana barisan keduanya dilengkapi dengan 2 tempat duduk pilot yang dibalut upholsteri Sensafin.

 

8

 

Selain itu, ia juga didatangkan dengan bumbung kaca panoramik bersaiz besar menjadikan ruang interior kenderaan ini tampak lebih cerah dan luas.

Dari segi kapasiti muatan pula, ia menawarkan ruang but berkeluasan sehingga 750 liter dengan tempat duduk baris ketiganya dilipat.

 

9

 

Dari segi bantuan pemanduan, X7 xDrive40i Pure Excellence didatangkan standard dengan Parking Assistant Professional, Driving Assistant dan Reversing Assistant Professional yang merekodkan perjalanan terakhir sejauh 200 meter.

Dari segi keselamatan pula, ia dilengkapi dengan bantuan keselamatan seperti:

  • Amaran Keluar Lorong (dengan intervensi stereng aktif)
  • Amaran Penukaran Lorong
  • Amaran Pelanggaran Hadapan (dengan intervensi brek)
  • Amaran Lintaran Trafik Belakang
  • Amaran Pelanggaran Belakang
  • Informasi Had Kelajuan
  • Bantuan Had Kelajuan (manual)

 

10

 

BMW X7 xDrive40i Pure Excellence ditawarkan dengan warna Sparkling Copper Grey Metallic, Blue Ridge Mountain Metallic, Skyscraper Grey Metallic, Mineral White Metallic, dan Black Sapphire Metallic.

Manakala pada bahagian dalam, upholsteri Sensafin itu ditawarkan dengan tona warna Sensafin Black dan Sensafin Cognac.

 

11

 

Harga bagi BMW X7 xDrive40i Pure Excellence akan bermula dari RM654,800 atas jalan tanpa insurans, lengkap bersama penawaran BMW Group Malaysia Premium Ownership yang merangkumi:

  • Jaminan tanpa had perbatuan lima tahun dengan program servis berjadual percuma
  • Bantuan tepi jalan dan Talian Hotline Kemalangan BMW
  • BMW Group Loyalty+ Mobile App - BMW Priveleges Card
  • BMW Service Online

Bagi memudahkan pembiayaan model itu, BMW Group Financial Services Malaysia turut menyediakan pelan pembiayaan “Straight Line”, dimana X7 xDrive40i Pure Excellence boleh diperoleh melalui ansuran bulanan yang bermula daripada RM7,581.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Sedan elektrik mewah itu kini dilengkapi standard dengan Pengecas Profesional AC yang memiliki…
Berita Domestik
Perkhidmatan eksklusif dengan BMW i7 itu akan dibuka secara eksklusif kepada penumpang Enrich…
Model Terbaharu
Jika dilihat pada saiz dan namanya, i5 eDrive40 merupakan versi EV bagi model 5 Series generasi…