BMW X7 edisi terhad - 50 unit untuk UAE, lengkap dengan pewangi kabin unik

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50, BMW UAE kini menawarkan 50 unit terhad BMW X7 "UAE 50th Year Edition".
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SUV terbesar BMW itu merupakan salah satu pilihan yang popular di kalangan warga Timur Tengah, jadi adalah tidak menghairankan apabila pengeluar itu membuat keputusan untuk menawarkan model edisi terhad kepada negara tersebut.

Jika dibandingkan dengan model X7 standard, model edisi terhad ini menampilkan tiga ciri unik.
 

UAE


Pertama sekali, layangan warna 'Frozen Brilliant White Metallic' bespoke serba baharu dan warna tersebut bertepatan dengan motif budaya yang terdapat di UAE.

Di bahagian papan pemuka pula, terdapat insignia unik yang diukir pada trim kayu dalam tulisan Arab yang dibaca "UAE 50 Years, 1 of 50".
 

UAE


Akhir sekali, setiap pembelian X7 edisi ulang tahun yang ke-50 ini akan didatangkan dengan pewangi khas Amberblack Suite Scent dalam bentuk katrij yang boleh digunakan pada penyegar udara BMW Ambient Air.

BMW X7 edisi terhad ini boleh didapati dalam spesifikasi xDrive40i atau M50i yang hadir dengan enjin 4.4 liter turbo yang mampu menghasilkan kuasa 530 hp.
 

UAE


Harga jualan bermula dari AED 528,000 (RM609,161) sementara model M50i pula bermula dari AED 582,000 (RM671,462).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7…