BMW X7 Dark Shadow Edition 2021 - automatik anda jadi ketua mafia!

oleh Mohamad Hanif|
Jika BMW menggelarkan SUV BMW X5 sebagai The Boss, dan anda tidak menggemari panggilan tersebut, mungkin sekali anda memerlukan sebuah kenderaan yang lebih besar dan nampak jahat untuk dipanggil sebagai ketua mafia, atau ketua kongsi gelap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, BMW X7 Dark Shadow Edition 2021.

Sebelum itu, harus diingatkan bahawa SUV hitam jahat ini hanya dihadkan kepada 500 orang ketua mafia sahaja dalam dunia, dan 75 unit daripada jumlah tersebut dikhususkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

 


Untuk menampakkannya lebih jahat daripada biasa, BMW telah melayangkan warna gelap khas yang digelar sebagai Frozen Arctic Grey metalik yang pertama kali digunakan pada mana-mana model siri X.

Warna tersebut digandingkan dengan sebuah lagi warna gelap daripada penawaran BMW Individual High Gloss Shadow Line di mana komponen seperti tiang B, tiang C, struktur keliling tingkap, gril hadapan, dan pelindung tip ekzos didatangkan dengan warna hitam berkilat.

 


Keempat-empat tayar didatangkan dengan rim aloi ringan M bersaiz 22 inci dengan kemasan Jet Black matte.

Untuk memastikan SUV jahat ini mampu beraksi dengan lebih menyerlah di atas jalan, BMW telah menggunakan asas daripada varian M50i, versi yang hadir dengan enjin 4.4 liter bentangan V8 dengan bantuan turbo berkembar dan mampu menjana kuasa setinggi 523 hp dan daya kilas 750 Nm.

Sistem perpaipan bagi menyalurkan sisa-sisa pembakaran telah ditukar kepada sistem ekzos sports M.

 


Boleh didapati dalam versi enam atau tujuh tempat duduk, BMW X7 Dark Shadow Edition ini didatangkan standard dengan kelengkapan seperti stereng kulit M, upholsteri kulit penuh dari BMW Individual Merino, roofline BMW Individual yang hadir dengan warna Night Blue dan kemasan Alcantara.

Bahagian atas papan pemuka dan perehat tangan pula dibaluti dengan kulit nappa Night Blue, manakala bahagian lain didatangkan dengan kemasan kulit Black Merino, aluminium dan permukaan piano black.

 


Harga jualan di Amerika Syarikat pula bermula dari $120,490 (RM513,769) yang turut termasuk dengan wang deposit $1,000.

Sebagai perbandingan, harga jualan BMW X7 xDrive40i di Malaysia bermula dari RM888,800.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M…
Berita Domestik
BMW X7 xDrive40i M Sport versi pemasangan tempatan ini hadir dengan pakej M Aerodynamics untuk…
Berita Global
Tidak seperti penampilan terdahulu, BMW telah memberikan rupa paras yang lebih berani pada model X7…