BMW X5 xDrive45e M Sport 2022 dengan ciri dikemaskini - dari RM457,498

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia kini menawarkan SAV pemasangan tempatan (CKD) BMW X5 xDrive45e M Sport dengan penambahan ciri-ciri dan keselamatan terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk kemaskini terbaharu ini, BMW X5 xDrive45e M Sport kini didatangkan dengan ciri lampu utama adaptif BMW Laserlight, dibantu dengan teknologi BMW Selective Beam yang mampu memancarkan cahaya yang lebih terang jika dibandingkan dengan lampi bi-LED.

Selain itu, ia juga turut mendapat rim 741M bersaiz 21 inci berwarna Orbit Grey, serta ciri standard seperti Live Cockpit Professional, Driving Assistant, Parking Assistant Plus, Rear Seat Entertainment, serta balutan kulit Vernasca tulen.
 

X5


Dari sudut keselamatan, SAV X5 PHEV ini menampilkan penambahan beg sisi pada tempat duduk baris kedua, menjadikan jumlah keseluruhan beg udara di dalam SAV ini adalah sebanyak lapan unit.

Ciri Active Protection ini turut menawarkan tahap keselamatan yang mampu melindungi para penumpang, di mana tingkap dan bumbung suria yang terbuka akan segera ditutup di dalam insiden kemalangan.

Harga jualan untuk BMW X5 xDrive45e M Sport ini bermula dari RM457,498 atas jalan tanpa insurans, atau bulanan serendah RM4,882 menerusi pelan pembiayaan Easy Drive Financing Plan (berdasarkan tempoh sehingga lima tahun, pinjaman 80 peratus).