BMW X5 xDrive40i M Sport - SUV untuk Bos Besar, harga dari RM640 ribu

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada BMW X4 Coupe, BMW turut membawakan BMW X5 serba baharu yang datang dengan penampilan yang lebih gagah. 

Didatangkan dalam varian tunggal BMW X5 xDrive40i M Sport, SUV 'The Boss' ini menerima nadi tiga liter enam silinder sebaris dengan output maksimum 340 kuasa kuda dan 450 Nm daya kilas. 
 


Kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda xDrive menerusi transmisi Steptronic lapan nisbah kelajuan 

Pecutan 0-100 km/j mampu dicapai dalam masa 5.5 saat sahaja dengan bacaan penggunaan bahan api serendah 9.2 liter untuk setiap 100 km. 
 


Tugas pengendalian dan keselesaan atas jalan diserahkan kepada sistem suspensi adaptif M yang terdiri daripada double-wishbone di hadapan dan multilink di bahagian belakang. 

Dengan dimensi yang bertambah berbanding generasi terdahulu, BMW X5 mampu menawarkan ruang sebesar 650 liter (had maksimum 1,870 liter) dan dibantu dengan ciri bukaan pintu belakang dua hala automatik. 
 


Memasuki ruang dalaman, BMW X5 menawarkan ciri BMW Live Cockpit Professional dan BMW Navigation System Professional masing-masing bersaiz 12.3 inci yang dikuasakan oleh BMW Operating System 7.0 dan diakhiri dengan sistem bunyi keliling Harman Kardon (16 pembesar suara).

Sistem bantuan pemanduan kini membawakan elemen pemanduan BMW Personal CoPilot yang merangkumi ciri kawalan pelayaran dengan fungsi brek, Amaran Keluar Laluan, Amaran Pelanggaran hadapan dengan intervensi pembrekan, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Pencegahan Pelanggaran Belakang.
 


Ciri ConnectedDrive membolehkan BMW X5 mengaktifkan BMW Digital Key - sistem kemasukan digital tanpa kunci - untuk akses kepada SUV ini, dan ia dihadkan sebanyak lima telefon pintar sahaja untuk tujuan keselamatan. 

BMW X5 hadir dalam penawaran warna Mineral White, Black Sapphire, Artic Grey, Phytonic Blue, manakala kemasan upholsteri boleh didapati dalam gandingan Vernasca Leather/Aluminium Tetragon, Vernasca Leather Coffee/Fineline Stripe Wood dan Vernasca Leather Cognac/Fineline Stripe Wood.
 


Harga jualan pula bermula dari RM640,000 dan ia termasuk jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, Program Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar BMW. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti model sedan 7 series dan SUV X7, model X5 dan X6 hanya diberikan naik taraf lampu…
Berita Domestik
Sebelum ini, pengedar Auto Bavaria membawakan kumpulan pertama BMW X5 xDrive45e yang terdiri…
Berita Global
Itu yang boleh kami andaikan terhadap kelakuan seorang pemandu BMW X5 yang dilaporkan menaikkan…