BMW X5 dan X6 2024 - Lebih berkuasa, lebih jarak gerak, terima paparan iDrive melengkung

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bagi mengekalkan saingannya dalam segmen SUV, BMW telah memberikan beberapa naik taraf baharu untuk model X5 dan X6 2024, walaupun sekadar facelift, model tersebut diberikan pelbagai ciri baharu dan tambahan kuasa serta jarak gerak untuk varian PHEV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak seperti model sedan 7 series dan SUV X7, model X5 dan X6 hanya diberikan naik taraf lampu hadapan konvensional yang lebih langsing bersama DRL seakan anak panah.

 

2

 

Model X5 juga kini ditawarkan dengan jeriji bercahaya, sama seperti yang ditawarkan pada model X6 beberapa tahun lalu, bersama rekaan bumper hadapan baharu.

Manakala model X6 akan menerima kemasan M Sport yang didatangkan standard, dimana rekaan pada bumper hadapan direka dengan bentuk octagonal berwarna gelap pada bawah jeriji.

 

3

 

Pada bahagian dalam pula, kedua-dua model X5 dan X6 kini menerima paparan iDrive melengkung yang baharu, dimana ia menggabungkan paparan meter digital 12.3 inci bersama skrin infotainment 14.9 inci.

Tiada lagi penukar gear tradisional, X5 dan X6 kini didatangkan dengan butang diletakkan berdekatan dail iDrive yang turut menampilkan beberapa butang dengan fungsi lain.

 

4

 

Kedua model tersebut turut menerima sistem mild-hibrid 48V yang dipadankan bersama enjin 3.0 liter turbo berkembar dengan tambahan 40 HP, menghasilkan kuasa keseluruhan sebanyak 375 HP dan 540 Nm.

Ianya akan tersedia untuk semua varian bermula dari model X5 sDrive40i dengan pacuan belakang (RWD), xDrive40i pacuan semua roda (AWD) dan model X6 xDrive40i  pacuan semua roda (AWD).

 

5

 

Untuk varian PHEV, khusus untuk model X5 xDrive50e PHEV baharu, ia turut menerima enjin 3.0 liter turbo berkembar yang sama, dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan Steptronic bersama motor elektrik terbina menghasilkan 194 HP dan 449 Nm.

Apabila digabungkan, kuasa dari sistem dan enjin tersebut mampu menghasilkan sehingga 483 HP dan 699 Nm, berbanding model 45e sebelum ini yang hanya menghasilkan 389 HP dan 600 Nm.

 

6

 

xDrive50e juga didatangkan standard penjana bunyi BMW IconicSounds Electric, ia juga dinaik taraf dengan bateri 29.5 kWj yang membolehkan kereta tersebut bergerak sejauh 64 km menggunakan kuasa elektrik.

Ia turut dinaik taraf dengan unit pengecas on-board yang boleh menampung sehingga 7.4 kW, dimana pengecasan boleh dikawal melalui telefon pintar.

 

7

 

Untuk model X5 dan X6 versi M60i, BMW menyatakan bahawa tiada peningkatan dari segi kuasa (HP) dan daya kilas (Nm), namun keduanya lebih maju dan canggih berbanding model M50i.

Kedua-dua model tersebut dikuasakan enjin 4.4 liter S68 V8 dipadankan bersama sistem mild-hibrid 48V, menghasilkan sehingga 523 HP dan 750 Nm.

 

8

 

Di samping itu, BMW turut debut sistem Highway Assistant pada model X5 dan X6, dimana ianya mempunyai pakej pemanduan berautonomi Level 2+ yang membolehkan pemandu melepaskan tangan dari stereng dengan kelajuan sehingga 137 kmj.

Sistem tersebut merupakan sebahagian dari pakej tambahan Driving Assistance Professional Package, yang telah ditawarkan pada model iX dan X7.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pengarah tadbir urus dan perhubungan awam syarikat, Jason Zhang memberitahu Pos, model di bawah…
Model Terbaharu
BMW iX2 xDrive30 hadir dengan pelbagai elemen rekaan yang moden lagi sporty, memberikannya iras…
Berita Domestik
Dengan rangkaian kenderaan baharu, syarikat itu menyasarkan untuk meraikan minat peminat untuk…