BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport terbaharu hanya 120 unit sahaja

oleh SALINA JALIL|
BMW Malaysia memperkenalkan BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport pada hari ini dengan harga bermula dari RM313,800 dan penambahan RM15,000 untuk pakej tersebut.

 

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Sejak kami mula mengkomersialkan BMW X3 generasi ketiga pada tahun lalu, lebih daripada 1,600 unit kenderaan berjaya diserahkan kepada pemilik-pemilik baharu. 

 

BMW X3 merupakan perintis segmen kenderaan SAV (Sports Activity Vehicle) bersaiz sederhana dan ia menerajui segmen tersebut. Menerusi BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport ini ia akan merealisasikan “Sheer Driving Pleasure” yang kami janjikan di Malaysia.”

 

"BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport dipasang di fasiliti BMW yang terletak di Kulim untuk menjelaskan komitmen kami di Malaysia sementara barisan kenderaan BMW yang dikeluarkan di dalam negara diperkembangkan,” kata beliau lagi.

 

 

BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport adalah kombinasi di antara ciri ketangkasan dan keagresifan dibawa daripada BMW X4, bersama ruang dan praktikaliti sebuah jentera BMW X3. BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport terbaharu ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 120 unit sahaja di Malaysia.

 

 

Spesifikasi ringkas adalah seperti berikut:-

 

i.    Roda aloi ringan "M" bersaiz 20 inci


ii.   Bampar belakang "M" bersama ekzos 'glos krom'


iii.  Enjin petrol TwinPower Turbo, empat silinder


iv.   Transmisi: Steptronic Sport Automatik 8-kelajuan


v.    Kuasa Kuda 252 hp


vi.   Daya kilas 350 Nm


vii.  Pecutan 0-100: 6.3saat


viii. Kelajuan maksima: 240 km/j


ix.   Penggunaan bahan api: 7.6 liter/100km

 

 

 

 

Kabin dalaman

 

Stereng balutan kulit M Sport, ambang pintu, kemasan kabin krom mutiara, pedal kaki M serta balutan kulit hitam Vernasca dengan jahitan berwarna kontras. 

 

Untuk halwa telinga pula, X3 ini didatangkan dengan Infotainmen sistem Touchscreen Navigation 10.25-inci dengan iDrive Touch dan sistem HiFi 12-pembesar suara dan 205 watt. Ia turut didatangkan dengan sistem penyaman udara tiga zon automatik.

 

 

Dari siri keselamatan pula terdapat enam beg udara dan dua sambungan tempat duduk ISOFIX. Ciri-ciri keselamatan lain turut diberikan untuk model ini.

 


Terdapat empat warna pilihan iaitu Alpine White, Carbon Black, Glacier Silver dan Phytonic Blue. Upholsteri bermaterialkan kulit ‘Vernasca’ ditawarkan dalam warna hitam dengan sulaman kontras biru.

 

Untuk melihat lebih dekat BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport ini, anda dijemput ke premis wakil pengedar BMW di seluruh negara bermula hari ini dan 2 Oktober di Sabah dan Sarawak.

 

 

Program pembiayaan dinamik

 

Dengan ‘Balloon Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X3 xDrive30i dengan Pakej M Sport terbaharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,758.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

 

 

Pemilikan Premium oleh BMW Group Malaysia juga meliputi:

 

•    Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma


•    Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran dan servis ‘Run Flat Tyre’


•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW


•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - BMW White Card


•    Servis Dalam Talian BMW

 

 

1

 

 

2

 

 

3

 

 

4

 

 

5

 

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia mengulas, “Tahun 2019 menandakan satu lagi…
Berita Domestik
  Pengunjung 300 orang pertama akan dihadiahkan Insurans Komprehensif BMW atau MINI yang bertempoh…
Berita Domestik
Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia berkata,“BMW Shorties telah menemui lebih…