BMW X3, X4 2022 kini rasmi - versi CKD, harga jualan dari RM315,800

oleh Mohamad Hanif|
BMW Malaysia baru-baru ini melancarkan SUV BMW X3 dan X4 2022 versi pemasangan tempatan (CKD) dengan penambahan varian baharu serta ciri yang dipertingkatkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara standard, kesemua varian didatangkan dengan pakej M Sport yang mampu menjadikan penampilan SAV (Sports Active Vehicle) ini lebih sporti, seperti liang kemasukan udara yang lebih besar, pemasangan apron hadapan spesifik, serta warna dan rim baharu.

BMW X3 2022 kini ditawarkan dalam dua versi petrol iaitu sDrive20i dan xDrive30i, serta varian plug-in hybrid xDrive30e, sementara BMW X4 pula hanya ditawarkan dalam versi xDrive30i.
 

X4


Versi asas sDrive20i didatangkan dengan enjin 2.0 liter TwinPower yang mampu menjana kuasa 184 hp dan 300 Nm diikuti pecutan 0-100 km/j dalam 8.2 saat, sementara versi xDrive30i pula hadir dengan output 252 hp dan 350 Nm serta pecutan 0-100 km/j dalam 6.3 saat.

Versi plug-in hybrid X3 xDrive30e pula mendapat bantuan motor elektrik, serta pek bateri 12 kWh yang membolehkan SAV ini bergerak sejauh 50 km menggunakan mod elektrik semata-mata.
 

X3


Untuk ruang kabin, BMW X3 dan X4 kini menampilkan skrin Control Display 10.25 inci yang lebih besar, skrin kluster BMW Live Cockpit Professional, sistem operasi BMW Operating System 7, BMW Intelligent Personal Assistant, serta ciri kemaskini over-the-air.

Sementara versi asas sDrive20i pula didatangkan dengan BMW Live Cockpit Plus yang menggandingkan dial analog dan skrin kluster 5.1 inci.
 

X4


Ciri keselamatan yang dimuatkan adalah Driving Assistant yang merangkumi Amaran Penukaran Lorong, Amaran Keluar Lorong, Amaran Pelanggaran Hadapan dengan intervensi brek, diikuti dengan Parking Assistant serta ciri eksklusif Parking Asisstant Plus dan Active Park Distance Control untuk varian xDrive30e.

Harga jualan atas jalan termasuk SST tanpa insurans adalah seperti berikut:

BMW X3 sDrive20i M Sport           RM 315,800.00
BMW X3 xDrive30i M Sport           RM 358,800.00    
BMW X3 xDrive30e M Sport          RM 356,800.00
BMW X4 xDrive30i M Sport           RM 398,800.00    

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada acara itu, pelbagai pilihan hingga 500 kenderaan premium pra-milik serta kenderaan baharu…
Berita Domestik
Tidak seperti model terdahulu yang boleh didapati dalam varian xDrive40, BMW iX 2024 kini tersedia…
Berita Domestik
BMW Group Malaysia berjaya menyerahkan lebih daripada 15,000 unit kenderaan daripada BMW, MINI dan…